Kuasa Melantik Menteri Besar Johor Adalah Kuasa Mutlak Sultan Johor


1. Saya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad termasuklah di Malaysiakini, yang mana menyatakan bahawa DYMM Sultan Johor tidak ada peranan dalam melantik Menteri Besar, dan ia hanya ditentukan oleh parti politik yang menang.

2. Saya percaya bahawa kenyataan ini sedikit angkuh dan mengelirukan.

3. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Johor, Perkara 3 (1) menyatakan bahawa Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Menteri Besar Johor. Dalam isu pelantikan Menteri Besar ini, Sultan Johor tidak perlu bertindak atas nasihat mana-mana pihak.

4. Namun begitu, secara ‘convention’, parti yang menang akan menghantar beberapa nama calon Menteri Besar kepada Sultan Johor untuk pertimbangan baginda. Dalam hal ini, Pakatan Harapan perlu menghantar nama-nama calon tersebut.

5. Dalam keadaan tersebut, Sultan Johor akan meneliti calon-calon tersebut, dan hanya akan melantik jika calon tersebut dipersetujui oleh Tuanku sendiri.

6. Jika sekiranya calon-calon yang dihantar itu tidak dipersetujui oleh Sultan Johor, parti tersebut perlu menghantar cadangan nama calon yang lain kepada Sultan Johor sehingglah mendapat persetujuan dan perkenan Sultan Johor untuk melantik calon tersebut sebagai Menteri Besar.

7. Maka, kenyataan untuk mengatakan bahawa Sultan Johor tidak mempunyai peranan dan kuasa untuk melantik Menteri Besar Johor adalah sangat tidak tepat, terpesong dan sengaja mengelirukan masyarakat mengenai tugas dan peranan Tuanku dalam sistem bekerajaan terutamanya di Negeri Johor.

Ahmad Solehin Abd Ghani
Peguambela Peguamcara
Mahkamah Tinggi Malaya

 



Comments
Loading...