SPRM mengesahkan peguam Clare Brown terlibat dengan pengubahan wang haram RM1.4 juta


“Ini membuktikan bahawa Bank Negara dan Maybank Jalan Tun Razak turut terlibat bersama dengan Americk – samada secara langsung atau tidak langsung – dalam konsprasi penyaluran wang haram merentasi sempadan memandangkan bank-bank tersebut gagal menghubungi Hadi untuk dapatkan kepastian”

Raggie Jessy Rithaudeen

Nota: Pendedahan ini, biarpun panjang, merupakan satu pendedahan penting yang harus diperinci setiap pembaca The Third Force kerana ianya merungkai segala apa yang ditemui pihak SPRM dalam siasatan suruhanjaya tersebut terhadap dakwaan kononnya Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepada pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, iaitu Clare Rewcastle Brown.

Saudara-saudari sekalian,

Pada 27hb Mac 2019, kita disajikan dengan satu berita penting berkenaan penemuan-penemuan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kononnya Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepada pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, iaitu Clare Rewcastle Brown.

Untuk makluman, dakwaan tersebut mula-mula dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dua hari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Semenyih, yang menyaksikan pucuk pimpinan PAS dan UMNO berganding bahu untuk membantu kempen pilihanraya calon Barisan Nasional.

Menurut Anwar, bayaran dana RM1.4 juta tersebut oleh Hadi merupakan sebahagian daripada perjanjian penyelesaian luar mahkhamah yang di buat oleh Clare dengan Presiden PAS tersebut dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Hadi terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London.

Berikutan itu, pada hari yang sama, Clare mengesahkan bahawa beliau sememangnya menerima bayaran RM1.4 juta daripada Hadi bagi memenuhi sebahagian daripada perjanjian penyelesaian luar mahkhamah yang dipersetujui mereka untuk menyelesaikan kes saman Hadi terhaapnya di luar mahkamah.

Bagaimanapun, Clare menjelaskan bahawa bayaran tersebut bukan sebahagian daripada perintah mahkamah, memandangkan hakim yang terlibat tidak pernah mengarahkan Hadi untuk membayar sebarang kos kerana bayaran tersebut sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili Sarawak Report, iaitu seorang peguam Malaysia yang bernama Americk Sidhu.

Ini satu pembohongan.

Saudara-saudari sekalian,

Sepertimana yang telah saya jelaskan menerusi terbitan The Third Force bertarikh 11hb Mac 2019 (lihat di bawah), bayaran dana RM1.4 juta yang dimaksudkan Clare dilakukan oleh seorang yang bernama Dato’ Dr Rameli Musa atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...