Mahathir sudah terlambat, Malaysia sudah pun berpecah…buat selamanya


Jika PAS dan Umno bersatu, dan 70%-75% orang Melayu undi untuk pembangkang, ini tidak baik sebab Malaysia akan terus berpecah. Tetapi jika PKR dan DAP bersatu, dan 90-95% orang Cina undi untuk Pakatan Harapan, ianya bagus demi untuk menyatukan negara.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyatuan Umno dan PAS ini boleh memburukkan negara. Ini sebenarnya bercanggah dengan apa yang Mahathir sampaikan sewaktu dia melancarkan kempennya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2006 dulu.

Mahathir telah berkempen mengelilingi Malaysia selama 13 tahun memberitahu bahawa kejatuhan Empayar Melayu Melaka pada 1511 adalah disebabkan oleh orang Melayu yang berpecah belah dan tidak bersatu. Disebabkan itu, kita di jajah oleh Portugis, Belanda dan yang terakhir adalah British — sehingga Malaya mengambil masa hampir 450 tahun untuk mencapai kemerdekaan.

Sejarah yang disampaikan oleh Mahathir tidak begitu tepat. Ianya bercanggah dengan sejarah yang sebenar. Mesej yang Mahathir sampaikan biasanya sejarah versinya sendiri. Seperti kejatuhan Empayar Melayu Melaka, Mahathir tidak pula menceritakan bahawa kejatuhan Empayar Melayu Melaka adalah disebabkan oleh pedagang-pedagang Mamak yang mengkhianati Melayu. Secara kebetulannya Anwar Ibrahim dan Mahathir juga adalah Mamak.

Pada tahun 2006 hingga 2009, Mahathir meminta orang Melayu supaya bersatu untuk menyelamatkan Malaysia dari dijajah

Pada tahun 2006, Mahathir pernah memberitahu kepada orang Melayu supaya mereka perlu bersatu. Jika tidak, pada satu hari nanti, Malaysia akan jatuh ke tangan orang lain. Semestinya, yang Mahathir maksudkan ‘orang lain’ itu pada masa itu adalah PAS, PKR dan DAP.

Mahathir juga pernah menyeru agar orang Melayu bersatu demi untuk menyelamatkan negara. Dan pada masa itu ‘bersatu’ yang Mahathir maksudkan itu bukannya bersatu dibawah Anwar Ibrahim (dan angkatannya seperti PAS, PKR dan DAP) tetapi, bersatu dibawah Umno. Ketika itu, Umno sangat lemah disebabkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang korup. Itulah sebabnya Abdullah Badawi perlu digulingkan dan digantikan dengan orang lain (yang akan Mahathir umumkan kemudian).

“Semua orang Melayu mesti bersatu dan bersatu di bawah Umno untuk menyelamatkan negara ini. Jika tidak, negara akan dijajah oleh orang lain dan nasib orang Melayu akan menjadi hamba di negaranya sendiri”.  Itulah mesej yang disampaikan oleh Mahathir dari 2006 sehingga 2009.

Hari ini pula, Mahathir berkata jika Melayu bersatu ia akan memburukan negara kerana ini akan memecah-belahkan rakyat Malaysia

Dulu Mahathir cakap orang Melayu kena bersatu untuk menyelamatkan negara. Sekarang, jika orang Melayu bersatu — dari segi penyatuan antara Umno dan PAS — negara pula akan hancur. Adoi, Atok! Kenapa putar-belit sangat ni?

Jika PAS dan Umno bersatu, dan 70%-75% orang Melayu undi untuk pembangkang, ini tidak baik sebab Malaysia akan terus berpecah. Tetapi jika PKR dan DAP bersatu, dan 90-95% orang Cina undi untuk Pakatan Harapan, ianya bagus demi untuk menyatukan negara.

Alamak Atok, logik apa benda ni?

Logik Atok dan logik DAP sama je. Bila 75% orang Melayu undi PAS-Umno, dikatakan rasis. Tapi bila 95% orang Cina undi PKR-DAP, dipanggil demokrasi pulak.

Bila Islam dan Nabi Muhammad diserang oleh Cina, ianya dipanggil hak kebebasan bersuara. Bila sekolah Cina dikritik Melayu, ianya dipanggil rasis.

Malaysia sudah berpecah kepada golongan Melayu dan golongan Cina sejak pada tahun 2006 lagi

Yang sebenarnya, Malaysia sudah bertahun-tahun berpecah. Di PRU14, hanya 25-30% orang Melayu mengundi Pakatan Harapan, manakala bukan Melayu sebanyak 90-95%. Dan ini bukannya di PRU14 sahaja, tetapi PRU13 dan PRU12 pun.

Semenjak dari tahun 2008, Malaysia telah berpecah kepada dua golongan. Iaitu golongan Melayu dan golongan bukan Melayu. Manakala Sabah dan Sarawak pula sebagai golongan yang ketiga.

Dahulu, bila 70-75% orang Melayu mengundi menentang Pakatan Harapan, undi mereka telah berpecah kepada dua — satu puak kepada Umno dan satu lagi kepada PAS. Sekarang ini, 70-75% undi Melayu ini akan menjadi satu. Itu sahaja perbezaannya dulu dan sekarang.

Tak kisahlah kalau UMNO dan PAS bergabung ataupun tak. 70-75% orang Melayu tetap tidak akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan dan undi orang Melayu ini sentiasa terbahagi kepada dua iaitu Umno dan Pas. Tetapi, kali ini, 70-75% undi Melayu ini tidak akan berpecah lagi dan ianya akan bergabung menjadi satu, dibawah Umno-Pas.

Orang Melayu kini sudah bersedia untuk mengetepikan perbezaan politik mereka demi pembangunan ummah

Jadi, ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan memecah-belahkan Malaysia kerana Malaysia memang sudah lama berpecah. Yang dulunya Malaysia terbahagi kepada empat dan sekarang ini Malaysia dibahagi kepada tiga – Pakatan, Umno-PAS dan Sabah-Sarawak.

57 kerusi parlimen dimiliki oleh Sabah dan Sarawak dan bakinya yang akan dikongsi diantara Umno-Pas dan Pakatan Harapan ialah sebanyak 165. Umno-Pas akan memiliki sebanyak 102 dan 63 untuk Pakatan Harapan (jikalau MCA, MIC, Gerakan, MyPPP, PSM dan PRM tidak memiliki kerusi).

Itulah yang paling menakutkan Mahathir tentang penyatuan UMNO-PAS. Sebenarnya, Ianya langsung tidak ada kaitan dengan memecah-belahkan Malaysia kepada Melayu, bukan-Melayu dan Sabah Sarawak kerana Mahathirlah punca semua ini terjadi sejak lebih dari 10 tahun yang lepas smenjak 2006 lagi.

 



Comments
Loading...