Mahathir sudah mempunyai bukti cukup untuk menguburkan Anwar bersama Rameli


“Adalah mustahil Bank Negara langsung tidak menghubungi Hadi mahupun Pengurus Maybank Jalan Tun Razak bagi mengesahkan dakwaan-dakwaan Clare, Americk dan Rameli melainkan kesemua mereka terlibat bersama dalam satu konspirasi jahat untuk menyalurkan dana RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Artikel ini merupakan bahagian kedua satu siri pencerahan yang bertujuan untuk menyedarkan setiap seorang yang bergelar Islam di Malaysia betapa jijiknya rejim DAP pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepertimana yang saya beritahu dalam bahagian satu siri ini, niat rejim ini hanyalah satu, iaitu untuk memecah-belahkan umat Melayu-Islam agar tampuk kepimpinan dan kekayaan negara akan sentiasa berada di dalam gengaman Mahathir dan terus diurus oleh kroni-kroni beliau.

Dalam bahagian ini, kita akan rungkai bersama cara Mahathir menjejaki setiap satu langkah yang diambil pengerusi baru Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), iaitu Dato’ Dr Rameli Musa, dan natijah kelalaian Rameli terhadap pemimpin-pemimpin PKR dan UMNO.

Saudara saudari sekalian,

Mahathir bukanlah calang-calang orangnya yang sanggup membiarkan sekutunya melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa menjejaki setiap satu daripada langkah mereka.

Sepertimana yang saya ceritakan dalam bahagian pertama siri ini, di sekitar tahun 1998, Rameli memainkan peranan yang begitu penting dalam membantu menyalurkan wang dan khidmat guaman kepada kuncu-kuncu Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah bekas Menteri Kewangan tersebut dipenjarakan oleh Mahathir.

Beberapa tahun kemudian, bantuan tersebut beransur-ansur bertukar menjadi bantuan dana pilihanraya yang disalurkan oleh Rameli khusus kepada pemimpin-pemimpin tertentu yang rapat dengan Anwar dan Dato’ Seri Azmin Ali.

Rameli meneruskan saluran dana tersebut melangkaui pilihanraya umum ke-13 (GE13) biarpun tahu bahawa hubungan beliau dengan Wan Azizah telah lama keruh, bermula sejurus sebelum tertubuhnya PKR.

Dalam pada Rameli asyik menyalurkan dana tersebut, Mahathir menjalinkan hubungan yang akrab dengan beberapa personaliti di Bank Negara menerusi kenalan-kenalan Tun (burglar Dato’ Seri pada ketika itu) Daim Zainuddin dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam bank tersebut.

Personaliti-personaliti ini sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap beberapa pegawai di Maybank dan tahu setiap satu aktiviti haram yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut dengan beberapa ahli perniagaan, termasuk Rameli.

Menerusi pengaruh inilah Mahathir sentiasa diberikan segala apa maklumat yang beliau perlukan, termasuk maklumat berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli kepada pemimpin-pemimpin tertentu dari UMNO dan PKR yang bertanding dalam pilihanraya-pilihanraya mum ke-13 dan ke-14.

Saudara saudari sekalian,

Pengaruh Mahathir terhadap pegawai-pegawai tertentu di Bank Negara dan Maybank, samada secara langsung ataupun tidak langsung, sememangnya cukup dalam dan tidak boleh dipandang ringan.

Untuk makluman umum, pengaruh inilah yang mendorong dua orang pegawai dari Maybank Kim Eng Group (MKEG) untuk bersubahat dengan personaliti-personaliti kenalan Daim dan Zeti dari Bank Negara untuk melakukan sabotaj terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidak ramai yang tahu, bahawa di sekitar bulan Ogos tahun 2014, kedua-dua Daim dan Mahathir meminta bantuan Zeti untuk menghalang 1MDB daripada mendapat kelulusan pinjaman sejumlah wang tertentu dari Maybank bagi tujuan penawaran untuk jualan (IPO) oleh syarikat tersebut.

Zeti, yang pada ketika itu merupakan Gabenor Bank Negara, mengarahkan timbalan beliau untuk berurusan dengan Maybank bagi tujuan memenuhi permintaaan Daim dan Mahathir untuk menghentikan tawaran tersebut.

Timbalan Zeti yang dimaksudkan itu tak lain tak bukan Dato’ Nor Shamsiah Mohd Yunus, iaitu orang yang bergelar Gabenor Bank Negara pada hari ini.

Setelah menerima arahan dari Zeti, Nor Shamsiah pula mengarahkan dua daripada pegawai beliau untuk berurusan dengan dua orang pegawai dari Maybank Kim Eng Group (MKEG), iaitu seorang yang bernama Michael Oh-Lau Chon Jin dan seorang lagi yang bernama John Chong.

Kedua-dua pegawai tersebut diberitahu bahawa Mahathir dan Daim ingin sesuatu dilakukan dengan kadar segera agar pinjaman kewangan yang diperlukan oleh 1MDB samada dilewatkan ataupun tidak diluluskan sama sekali.

Atas arahan Nor Shamsiah inilah Mahathir dan Daim berjaya menghalang penawaran tersebut daripada dilaksanakan dan sekaligus menyebabkan 1MDB tidak mampu mengurangkan beban hutangnya.

Ya, sepertimana Mahathir mampu memanipulasi urusan Maybank dengan 1MDB, begitu juga beliau memanipulasi urusan bank tersebut dengan syarikat-syarikat milik Rameli dengan niat membebankan beliau dengan hutang besar menerusi projek-projek lulusan kerajaan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...