Anwar Ibrahim bunuh diri dan ramai yang mati bersamanya


SD Salleh

Pada hari Selasa, 5hb March 2019, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rameli Musa, telah dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Semasa di temubual, buku cek Rameli Musa telah dirampas oleh SPRM. Ia dirampas bertujuan untuk menyiasat siapa lagi yang telah menerima duit dari Rameli Musa.

Drama ini bermula pada minggu lepas, semasa kempen Pilihan Raya Kecil Semenyih. Semasa berceramah, Anwar Ibrahim telah mendedahkan bahawa Abdul Hadi Awang telah membayar Clare Rewcastle Brown, pengarang Sarawak Report, sebanyak RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah. Clare Rewcastle Brown juga telah mendedahkan surat berkaitan dengan pembayaran itu.

Rafizi Ramli pula mendedahkan bahawa yang membayar Clare Rewcastle Brown bukannya Hadi tetapi Rameli Musa. Dan mengikut Rafizi juga, Rameli Musa adalah kawan baik Hadi. Sebenarnya Rameli Musa bukanlah kawan baik Hadi. Rameli merupakan kawan baik kepada ramai pemimpin-pemimpin dari PAS, UMNO dan juga PKR.

Anwar Ibrahim bunuh diri dan ramai yang mati bersamanya

Menurut pada peguam Clare, Americk Sidhu, beliau telah berjumpa dengan pihak ketiga dan menyaksikan cek yang berjumlah RM1.4 juta itu ditandatangani. Selepas itu, Americk membayar RM1.4 juta itu kepada Clare Rewcastle Brown. Jadi, memang sahlah yang Rameli Musa membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta.

Tetapi pembayaran kepada Clare Rewcastle Brown adalah tanpa pengetahuan dan persetujuan dari Hadi atau dari pemimpin-pemimpin PAS yang lain. RM1.4 juta itu tidak ada kena mengena dengan penyelesaian kes di luar mahkamah antara Hadi dan Clare. Disebabkan itu, SPRM perlu menyiasat apa sebenarnya tujuan duit itu dibayar.

Kali ini, Anwar Ibrahim sudah tersilap cakap dan Rafizi juga telah mendedahkan benda yang tidak sepatut didedahkan. Iaitu, yang membayar kepada Clare Rewcastle Brown adalah Rameli Musa dan bukannya Hadi Awang dan ianya disahkan oleh peguam Americk Sidhu.

Anwar Ibrahim mengorbankan Rameli Musa dan sekarang sudah pening

Mengikut daripada sumber SPRM, Rameli Musa bukan sahaja membayar Clare RM1.4 juta tetapi beliau juga menderma dan menyumbangkan duit kepada ramai pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PKR, terutama sekali gang-gang Anwar Ibrahim. Sebab itu, SPRM merampas buku cek Rameli Musa untuk mengesan siapa lagi yang dibayar oleh Rameli dan berapa jumlahnya.

Sekiranya SPRM dapat mengesan kesemua duit itu, Rameli perlu menunjukkan sumber duitnya. Adakah duit itu diisytiharkan atau adakah beliau menerima duit itu ‘bawah meja’. Jika itu yang terjadi, ia adalah satu kesalahan pengubahan wang haram, rasuah atau pengelakkan cukai. Bagi yang penerima duit pula mereka perlu menyatakan tujuan dan kegunaan wang itu.

Jika sebabnya adalah sama seperti keterangan Rameli Musa kepada SPRM (duit itu adalah untuk kegunaan pilihan raya) dan jikalau mereka tidak mengisytiharkannya tiga puluh hari selepas pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan mereka berbelanja lebih dari apa yang SPR tetapkan (iaitu dua ratus ribu untuk kerusi parlimen dan satu ratus ribu untuk kerusi DUN), mengikut undang-undang SPR, mereka telah melakukan kesalahan dan kerusi mereka boleh diisytiharkan tidak sah, perlu dikosongkan dan pilihan raya kecil akan diadakan sekali lagi.

Ramai lagi akan tumbang disebebkan Anwar Ibrahim

Kemungkinan besar sebanyak sepuluh hingga ke 20 kerusi akan dikosongkan dan ini boleh mencetuskan huru hara. Dari jumlah kerusi itu, gang Anwar dari PKR yang paling ramai terlibat dan Anwar akan gagal untuk mendapatkan majoriti di parlimen untuk dia melancarkan undi tidak percaya terhadap Mahathir.

Anwar tidak menyedari bahawa dia telah membunuh dirinya sendiri dengan mendedahkan isu ini. Anwar seolah menikam dirinya sendiri dengan mendedahkan Rameli Musa yang telah banyak membantu beliau dari segi kewangan. Walaupun ada pihak lain juga terlibat, seperti UMNO dan PAS, yang akan dikaitkan dengan duit yang diderma oleh Rameli Musa, ianya tidak seteruk dengan apa yang akan ditimpa oleh Anwar Ibrahim. Silap-silap, ramai ahli parlimen dari gang Anwar akan kehilangan kerusi mereka. Dan semua ini berpunca dari kesilapan Anwar membuka mulut. Disebabkan mulutnya yang tersilap buka, berpuluh-puluh orang akan rasa tempias dari Anwar Ibrahim.

Kerana mulut badan binasa.

 



Comments
Loading...