Terengganu terima RM1 bilion setahun royalti minyak


(MT) – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah membuat pembayaran wang tunai petroleum berjumlah RM643 juta kepada kerajaan negeri Terengganu. Ini adalah sebahagian daripada hasil minyak dan gas untuk tahun 2018 dan 2019 yang berjumlah RM1.75 billion.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengitiraf bahawa kerajaan negeri Terengganu berhak menerima wang royalty petroleum sebagaimana termaktub didalam perjanjian 1974.

Pemberian royalty kepada kerajaan negeri pengeluar secara terus ini memang termaktub didalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi kuasa pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai kepada satu perbadanan iaitu Petronas. Di mana Petronas pula akan membayar sebanyak 5 peratus daripada pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang berkenaan seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Perjanjian ini ditandatangani oleh kesemua kerajaan negeri dibawah akta tersebut jelas mengarahkan Petronas membuat pembayaran setiap enam bulan sekali iaitu pada Mac dan September setiap tahun (Akta 144) (4). Hal ini juga disokong oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak di Parlimen pada tahun 1974. Dan pada 15 November 1974 di Dewan Rakyat ianya di sebut “mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh di negeri masing-masing, sama ada diperoleh dalam kawasan perairan atau di luar perairan neger tersebut”

Tun Dr Mahathir yang mengaku dan bertanggungjawab menyekat pembayaran royalty apabila PAS menguasai Terengganu pada PRU 1999 dan ianya bertulis di memoir beliau ‘Doktor Umum’ muka surat 856, Bab 56: Pilihan Raya Paling Sukar:

“Pada waktu itu dan sekarang, Terengganu adalah pengeluar terbesar minyak di Malaysia dan kerajaan negeri memperoleh 5 peratus daripada hasilnya yang berjumlah hampir RM 1 billion setahun. Kita tahu kalau kerajaan baru PAS mendapat wang itu sudah pasti mereka akan menggunakannya untuk mempertingkatkan popularity dan memperluaskan perjuangaan mereka. Oleh itu, satu cara perlu dicari bagi menyekat mereka daripada memperoleh dana tersebut”.

Dr Ahmad Samsuri berkata Walaupun kerajaan Persekutuan hari ini diterajui oleh Bersatu manakala kerajaan negeri Terengganu dari kepimpinan PAS, namun ia tidak menghalang kerajaan Persekutuan untuk memulangkan kembali hak rakyat Terengganu dan Malaysia masih mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

 



Comments
Loading...