DAP SUDAH MENGAMUK… SERANGAN DIMULAKAN DENGAN MEMALUKAN DAN MEROSAKKAN INTEGRITI PDRM!!!


(The Flying Kick) – Di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Setiausaha Agung DAP bahawa pemergian pegawai-pegawai PDRM ke Turki dibiayai oleh syarikat nombor ramalan, satu lagi kenyataannya yang jelas cuba menunjukkan kuasa ialah mempersoalkan tindakan Dr. Mahathir dan kepimpinan tertinggi PPBM menerima kemasukan 7 orang Ahli Parlimen bekas UMNO tanpa merujuk dan tanpa kelulusan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kalau Mahathir mengisbathkan negara kepada batang tubuhnya, Lim Guan Eng pula mengisbathkan Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada DAP.

Dengan kata lain tindakan Mahathir dan PPBM telah melanggar kuasa dan kehormatan terhadap DAP yang dia adalah pemimpin tertinggi bersama-sama bapanya, Lim Kit Siang.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa rombongan kerja polis ke Istanbul, Turki dibiayai oleh DA MA CAI, sebuah syarikat perjudian ramalan nombor dan diluluskan oleh Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. (RUJUK SINI)


Sarawak Report yang menjadi rujukan utama Pakatan Harapan, mendedahkan, pada 10 Februari, sekurang-kurangnya 16 orang pegawai polis berpangkat tinggi telah pergi ke Istanbul untuk lawatan kerja dan portal berkenaan menganggarkan lebih kurang RM312,441 telah dibelanjakan untuk kelas ekonomi penerbangan dan hotel untuk kumpulan berkenaan.

Menurut Sarawak Report lagi, antara yang turut menemani Ketua Polis Negara itu adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Komisyener Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Komisioner Datuk Seri Mohamad Salleh dan beberapa orang pegawai tinggi yang lain.

Pendedahan ‘jujur’ yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu seolah-olah ingin memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam bahawa PDRM pun sudah dikuasai oleh syarikat perjudian. Perjudian sekarang perlu dikompromi dan ditoleransi memandangkan syarikat perjudian yang menaja PDRM.

Satu perspektif dan persepsi yang sangat buruk untuk imej dan integriti PDRM sendiri!

Dan tidak menghairankan mengapa Lim Guan Eng membuat pendedahan tersebut.


Semuanya kerana tindakan Mahathir menerima kemasukan 7 orang Ahli Parlimen Melayu ke dalam PPBM tanpa persetujuan DAP dan mengancam kedudukan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan serta orang-orangnya yang dimasukkan beramai-ramai ke Kementerian Kewangan, menjadikan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya tidak ubah seperti Pasar Cina!

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...