SPRM dedah Menteri Luar Pakatan lesapkan berjuta ringgit


Nampak gayanya Clare Brown dan Sarawak Report telah menendang bola dan masuk ke dalam gol sendiri. Sekarang Menteri Luar dari Pakatan Harapan telah didedahkan sebagai orang yang sebenarnya menerima duit RM1 juta itu dari Najib dan duit tersebut telah dilesapkan oleh beliau.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Di dalam laporan ‘OMG, it was Pakatan and not PAS who received the RM90 millionMalaysia Today telah mendedahkan dakwaan Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report bahawasanya bekas perdana menteri Najib Tun Razak telah memberikan PAS duit yang berjumlah RM90 juta dan yang seorang dari penerima tersebut adalah Nasharudin Mat Isa adalah cerita fitnah semata-mata.

Rafizi berkata Nasharudin yang menerima duit itu

Mengikut Sarawak Report, “Rafizi Ramli has now said he received information that Nasharudin Mat Isa was one of the people to receive wads of cash from Najib, cementing a widespread view that UMNO is seeking to bribe senior figures in the party in order to take control of its agenda and break up the opposition before the next election.”

Ini bermaksud Najib telah bagi Nasharudin duit tunai bertong-tong banyaknya. Mengikut Clare juga, duit tersebut telah diberi kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMM) yang diketuai oleh Nasharudin.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati yang Najib tidak beri GMM bertong-tong duit atau pun RM90 juta seperti yang didakwa oleh Clare dan Sarawak Report. Yang sebenarnya, Kerajaan Malaysia dan bukan 1MDB yang telah bagi GMM bantuan kewangan. Dan jumlahnya hanya RM1 juta dan bukan RM90 juta.

Menteri Luar Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah yang menerima duit itu dan GMM berkata duit itu telah dicuri

Dan RM1 juta itu diberi kepada GMM semasa Menteri Luar Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah mengetuai GMM dan bukan zaman Nasharudin.

Itu perkara yang pertama.

Perkara yang kedua ialah duit GMM telah lesap. Dan ini berlaku zaman Saifuddin mengetuai GMM. Dan jenayah pecah amanah ini dilakui oleh Saifuddin dan bukan oleh Nasharudin. Juru audit GMM telah pun mengesahkan perkara ini dan lapuran audit itu ada didalam tangan SPRM.

Jadi bukan saja RM1 juta itu diterima oleh Saifuddin dan bukan oleh Nasharudin, tetapi duit itu telah dicuri. Ini apa yang SPRM telah dedahkan. Dan Saifuddin selaku Menteri Luar Pakatan Harapan yang memimpin GMM pada masa itu.

Nampak gayanya Clare Brown dan Sarawak Report telah menendang bola dan masuk ke dalam gol sendiri. Sekarang Menteri Luar dari Pakatan Harapan telah didedahkan sebagai orang yang sebenarnya menerima duit RM1 juta itu dari Najib dan duit tersebut telah dilesapkan oleh beliau.

*******************************************************************************

PAS serah penyata akaun atas permintaan SPRM

PAS dengan ini mengesahkan telah mengemukakan atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semua Penyata Akaun Bank PAS Pusat. Ini adalah selaras dengan pendirian tegas PAS apabila SPRM memulakan siasatan setelah ada pihak membuat aduan kononnya PAS telah menerima sogokan RM90 juta daripada 1MDB.

Penyata Akaun-akaun PAS Pusat yang diserahkan itu bermula dari tahun 2015, iaitu sebelum tarikh artikel mengenai dakwaan sogokan RM90 juta tersebut (Ogos 2016) sehinggalah yang terkini.

PAS yakin dengan mengemukakan dokumen-dokumen terpenting tersebut membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan mereka dengan bebas, telus dan profesional. SPRM juga pastinya akan mengumumkan hasil siasatan mereka kerana semua pihak yang berkepentingan sudah lama menantikannya.

PAS mengharapkan selepas selesainya isu ini, semua pihak tidak lagi membazirkan masa dan pemikiran ke atas perkara yang tidak menguntungkan sebaliknya menumpukan perhatian dan usaha ke arah membangunkan negara dan rakyat.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN

Setiausaha Agung PAS

12 Februari 2019

 



Comments
Loading...