Sarawak Report kata RM90 juta, Husam kata lebih dari itu


Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata beliau melihat sendiri bukti PAS menerima wang daripada Umno, dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta, angka yang diberikan oleh portal Sarawak Report.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Husam Musa telah memberitahu SPRM yang jumlah bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak derma kepada beberapa pemimpin PAS bukan hanya RM90 juta tetapi lebih dari itu. Husam juga sahkan yang beliau sendiri telah nampak cek tersebut.

Pada 10 November 2017, Free Malaysia Today telah melaporkan yang Husam berkata beliau melihat sendiri bukti yang PAS menerima wang daripada Umno, dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta, angka yang diberikan oleh portal Sarawak Report.

Pada 28 February 2017 pula, Husam telah berkata yang PAS terima RM90 juta sahaja dan sekeping salinan cek tersebut yang tidak ditanda-tangani telah ‘viral’ didalam media social. Ini memberi gambaran yang derma RM90 juta itu dibuat melalui sekeping cek diatas nama PAS.

BACA DI SINI: SPRM mempunyai rakaman suara S. Ambiga dan Clare Brown berkomplot

Sementara itu, PAS menafikan sama sekali dakwaan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang parti itu menerima dana RM2.5 juta daripada UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pembentangan laporan kewangan hampir setiap kali dalam mesyuarat PAS Pusat langsung tidak menunjukkan ada pembayaran seperti yang didakwa itu.

Semua penyata bank dan laporan kewangan parti telah diserah kepada SPRM sebagai bukti.

***************************************************************

PAS scoffs at unsigned RM90 million cheque

(FMT, 28 Feb 2017) – The picture of a RM90 million cheque PAS is supposed to have received has no signature, PAS vice-president Mohd Amar Abdullah said. He said no bank would accept such a cheque. A picture of the cheque is being spread on social media.

PAS terima bukannya cash tetapi sekeping cek berjumlah RM90 juta diatas nama parti

“How can you cash and bank in a cheque if it is not signed? It would be very stupid of a bank to accept an unsigned cheque,” he said at a recent ceramah in Besut, Terengganu, Malaysiakini reported.

Amar was commenting on allegations made by former PAS vice-president Husam Musa that PAS had received RM90 million from questionable sources. The Salor assemblyman had claimed the funds were allegedly transferred into a bank account and challenged PAS to take legal action if he was wrong.

BACA DI SINI: SPRM ‘tai chi’ masalah RM90 juta kepada Peguam Negara

**********************************************************************************

Angkanya melebihi RM90 juta, kata Husam

(FMT, 10 Nov 2017) – Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata beliau melihat sendiri bukti PAS menerima wang daripada Umno, dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta, angka yang diberikan oleh portal Sarawak Report.

“Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan memastikan maklumat itu tepat dan benar,” kata bekas exco kanan Kelantan itu dalam sesi dialog Rabu lalu.

BACA DI SINI: Husam Musa the star witness in the RM90 million controversy

Husam berkata jumlah yang diterima PAS “lebih besar” daripada RM90 juta.

Beliau sekali lagi menamakan sebuah bank komersial yang menerima wang tersebut untuk disalurkan kepada pimpinan PAS

Bagaimanapun, Husam berkata beliau terikat dengan Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkannya membutirkan maklumat itu.

 



Comments
Loading...