SPRM ‘tai chi’ masalah RM90 juta kepada Peguam Negara


Mengikut SPRM, setakat ini tidak ada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini dan dipercayai ianya hanya tuduhan palsu yang dirancang oleh Clare dan Ambiga. Penyata bank pun tidak wujud yang boleh menunjukkan RM90 juta dikeluarkan dari 1MDB dan dipindahkan kepada PAS atau mana-mana pemimpin parti itu.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

(Utusan Online, 8 Feb 2019) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berhubung dakwaan bahawa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada UMNO.

Menurut sumber, Ambiga telah hadir ke pejabat SPRM Putrajaya semalam berhubung dakwaan tersebut. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada pihak polis turut mengambil keterangan beliau.

“Rakaman keterangan Ambiga dilakukan berhubung dakwaan oleh Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Ambiga dilaporkan turut terlibat dalam isu dana tersebut selepas Rewcastle-Brown menamakan beliau sebagai sumber kepada artikel yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana sebagai pertukaran sokongan mereka pada pilihan raya yang lalu,” tambah sumber itu.

BACA DI SINI: New twist to MACC’s RM90 million investigation: Ambiga in trouble

Sumber memberitahu, Editor Sarawak Report mendedahkan maklumat tersebut sewaktu memfailkan pembelaan terhadap saman fitnah oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada Oktober 2017.

“Ini membuka ruang kepada PAS untuk menekan Ambiga untuk menjelaskan dakwaan Rewcastle-Brown. Bagaimanapun, Hadi bersetuju untuk selesaikan saman tersebut di luar mahkamah yang difailkan di London,” ujarnya.

Clare dan Ambiga telah membincangkan komplot untuk me-reka cerita bahawa Najib merasuah beberapa pemimpin PAS

SPRM telah merakam kenyataan Clare Rewcastle Brown dan Ambiga Sreenevasan tentang dakwaan bahawa bekas perdana menteri Najib Tun Razak telah menderma atau merasuah PAS sebanyak RM90 juta pada awal tahun 2016.

SPRM juga mempunyai rakaman suara di antara Clare dan Ambiga membincangkan komplot untuk me-reka cerita bahawa Najib telah merasuah beberapa pemimpin PAS.

BACA DI SINI: SPRM mempunyai rakaman suara S. Ambiga dan Clare Brown berkomplot

Mengikut SPRM, setakat ini tidak ada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini dan dipercayai ianya hanya tuduhan palsu yang dirancang oleh Clare dan Ambiga. Penyata bank pun tidak wujud yang boleh menunjukkan RM90 juta dikeluarkan dari 1MDB dan dipindahkan kepada PAS atau mana-mana pemimpin parti itu.

SPRM menghadapi kebuntuan dan tidak tahu bagaimana hendak teruskan kes ini.

Akan menjadi tugas Peguam Negara untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya

Pada hari Isnin ini, SPRM akan berjumpa dengan pegawai pejabat Peguam Negara (AGC) untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Sekiranya kes ini digugurkan kerana ianya tuduhan palsu maka tindakan perlu diambil keatas Clare dan Ambiga. Ini yang menjadi masalah bagi SPRM dan ianya akan menjadi tugas Peguam Negara untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya.

 



Comments
Loading...