Anak-anak muda PAS tidak goyang


Roslan SMS

Belum pun beberapa hari berlalu laporan Polis yang dibuat oleh DAP terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia YB Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi yang kononnya memfitnah parti mereka hari ini timbul pula cerita baru.

Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Syarhan Humaizi pula dituntut meminta maaf dan membayar pampasan RM30juta ke pemimpin DAP Teresa Kok kerana kononnya memfitnah beliau dalam FBnya.

Sebelum ini kerajaan PAP Singapura memang terkenal menekan suara pembangkang melalui cara menyaman sehingga muflis para penentang mereka akhirnya layu dan tidak bermaya suara pembangkang di sana.

Gelanggang demokrasi adalah pentas bersaing antara parti-parti politik dengan kaedah berdebat dan berhujah sesama mereka secara aman dan tenang.

Saman-menyaman dan seret-menyeret ke mahkamah tambah oleh parti pemerintah terhadap lawannya boleh dilihat sebagai usaha memeras dan menekan suara pembangkang.

DAP kebelakangan ini cukup kuat memusuhi dan menyerang PAS.

PAS tetap dengan pendiriannya dan sedikit tidak goyang dengan ancaman saman dan penjara.

Bangkit wahai anak-anak muda berhadapan dengan mereka yang memusuhi PAS dan para pejuangnya. PAS tidak pernah tunduk pada ancaman dan tekanan seumpama ini malah akan tambah mencetuskan kehangatan semangat juang anak-anak muda.

Bukankah dalam PRU lalu DAP kuat menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu jika mengundi PAS. PAS ini mahu menegakkan Negara Islam, PAS ini taliban, ekstrim dan seumpamanya. Tiada hiburan, semua susah jika PAS yang berjuang Islam menang.

Hari ini bila sudah menang dan berkuasa sentuh dan kritik sedikit sahaja terus ditekan dengan laporan Polis dan ancaman saman dan tuntutan gantirugi.

Sabarlah adik-adik ku. Cabaran dan mehnah sentiasa akan menghalang jalan perjuangan yang benar. Jangan patah semangat terus melangkah berani ke hadapan. PAS punya ribuan lagi Khalil dan Syarhan yang akan bangkit menurut jejak langkah pemimpinnya insyallah.

DAP sudah seakan memalu gendang peperangan terhadap PAS. Berani membakar beranilah pikul risikonya nanti.



Comments
Loading...