Mustahil Melayu akan bersatu dengan kaum bukan Melayu


Hakikatnya, Melayu akan tetap Melayu dan bukan Melayu akan tetap bukan Melayu. Dan selagi adanya Islam di muka bumi ini, maka bangsa Melayu yang beragama Islam tidak akan menganggap orang bukan Melayu yang bukan beragama Islam itu sebagai ummah.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet,

Till Earth and Sky stand presently at God’s great Judgment seat;

But there is neither East nor West, Border, nor Breed, nor Birth,

When two strong men stand face to face, though they come from the ends of the earth! 

‘The Ballad of East and West’ oleh Rudyard Kipling (1889).

Siapa yang memahami Bahasa Inggeris akan memahami maksud Rudyard Kipling, iaitu timur tetap timur dan barat tetap barat dan kedua-duanya tidak akan bersatu atau bertemu.

Sesiapa yang berpendapat bahawasanya Melayu, Cina, India dan ‘lain-lain’ akan bersatu sebagai ‘Bangsa Malaysia’ di bawah naungan ‘Malaysia Baru’ rekaan Pakatan Harapan ialah manusia yang kurang siuman. Ini tidak akan berlaku walaupun 1,000 tahun lagi, selagi wujudnya kepercayaan yang dipanggil agama.

Agama adalah penghalang nombor satu untuk perpaduan berbilang kaum. Asalkan masih wujud agama Yahudi, Nasrani, Islam, Hindu, Buddhist dan lain-lain, selagi itulah manusia akan berpecah.

Lee Kuan Yew menyatukan kaum dengan menghapuskan sekolah Cina dan melaksanakan sistem pendidikan satu bahasa

Hanya satu cara sekiranya Pakatan Harapan ingin mewujudkan Bangsa Malaysia di dalam Malaysia Baru, yang sebenarnya ianya adalah khalayan semata-mata. Cara itu ialah untuk mengharamkan semua kepercayaan Agama, seperti apa yang sedang berlaku di negara Cina.

Negara Cina berusaha untuk mengharamkan semua kepercayaan agama dan masyarakat Islam di negara Cina ditindas dan dizalimi. Ini sebalik dari apa yang berlaku di Malaysia di mana bangsa Cina diberi sepenuhnya kebebasan beragama (tetapi kaum Cina masih bersungut yang mereka ditindas dan orang Melayu mengamalkan Apatheid).

Hakikatnya, Melayu akan tetap Melayu dan bukan Melayu akan tetap bukan Melayu. Dan selagi adanya Islam di muka bumi ini, maka bangsa Melayu yang beragama Islam tidak akan menganggap orang bukan Melayu yang bukan beragama Islam itu sebagai ummah.

Inilah realitinya sebab tafsiran ‘ummah’ ialah sahabat seagama yang percaya kepada Allah, Rasul Allah dan Kitab Allah, iaitu Al-Qur’an. Dan East is East, and West is West, and never the twain shall meet, seperti tulisan Rudyard Kipling di dalam karyanya ‘The Ballad of East and West’ menjadi kenyataan di Malaysia.

 



Comments
Loading...