“Saya tidak tahu apa yang dia cakap” – Reaksi Tun Mahathir terhadap kenyataan Kit Siang


(Astro Awani) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan sebarang ulasan terhadap kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh penasihat parti DAP,  Lim Kit Siang bahawa pemimpin DAP akan keluar daripada Kerajaan sekiranya objektif Malaysia Baharu diketepikan.

“Saya tidak tahu apa yang dia cakap, saya tidak boleh komen!,” kata beliau kepada media ketika hadir pada Majlis Makan Malam pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini hari ini.

Pada Rabu, Kit Siang dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP, tidak kira yang berada dalam atau luar Kerajaan, tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan sekiranya objektif Malaysia Baharu diketepikan.

BACA: ‘Terima ahli UMNO masuk Bersatu, Kit Siang dulu pun terima saya’ – Tun Mahathir

BACA: Adakah corak kepimpinan Mohamad sama seperti Zahid, soal Kit Siang

 



Comments
Loading...