SPRM pamer wang tunai RM170 juta, emas dirampas daripada bekas pegawai kanan Ismail Sabri
(BH) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mempamerkan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta dalam sidang akhbarnya hari ini.
Wang itu dipamerkan selepas SPRM mendedahkan, wang tunai ratusan jutaan ringgit dan barangan berharga dirampas dalam tiga premis termasuk sebuah ‘safehouse’, berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, hari ini.
SPRM berkata, wang tunai yang dirampas itu meliputi nilai dalam Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan.
Sumber : BeritaHarian