CSR Najib ialah merampok wang rakyat


1.​ Najib kata RM42 juta duit SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya digunakan untuk tujuan sedekah dan Corporate Social Responsibility (CSR).

2.​ Mari kita lihat bukti-bukti sahih tentang penggunaan duit ini yang telah dikemukakan di mahkamah. Antaranya:

  • RM449,586.95 untuk bayar Kad Kredit Visa Platinum Najib;
  • RM2,833,147.21 untuk bayar kad kredit Mastercard Platinum Najib;
  • RM240,000 dibayar kepada Vital Spire Sdn Bhd milik seorang ADUN Umno Johor untuk mengendalikan sebuah portal online;
  • RM2.5 juta dibayar kepada sebuah firma guaman untuk kerja-kerja “political intelligence”;
  • RM238,914 dibayar kepada seorang Tan Sri untuk kerja-kerja mempromosi Ah Jib Gor kepada masyarakat Cina;
  • RM100,000 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membina bilik stor kediaman peribadinya di Kuala Lumpur;
  • RM56,500 dibayar kepada sebuah syarikat plumbing untuk kerja-kerja pemasangan tangki air di kediaman peribadinya di Kuala Lumpur;
  • RM77,300 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membaiki kediaman peribadinya di Pekan; dan

3.​ Puluhan juta ringgit lagi untuk lain-lain kegunaan peribadi dan politik.

4.​ Ya, adalah juga duit yang diberi kepada anak-anak yatim. Tetapi jumlahnya tak seberapa jika dibandingkan untuk kegunaan peribadi dan politik.

5.​ Ini tak termasuk RM4 bilion duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dipinjamkan kepada SRC yang lesap entah ke mana.

6.​ Akhirnya, kerajaan terpaksa membayar hutang SRC kepada KWAP kerana hutang ini dijamin oleh kerajaan ketika Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

7. ​Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mendapati Najib merampok syarikat SRC daripada wang KWAP, iaitu wang rakyat, wang orang pencen.

8.​ Ini kata hakim Mahkamah Rayuan dalam kes SRC:

“Hence, we agree with the learned trial judge that the all important element of misappropriation of entrusted property by the Appellant had been clearly established. The evidence clearly shows that the appellant not only misappropriated RM42 million, the subject of the 3 CBT charges, but also converted to his own use that which he had dishonestly misappropriated. The RM42 million, contrary to the appellant’s assertion that he used it for corporate social responsibility (CSR) programs of the company, had in fact been used for his personal benefit and for his political purposes”.

[Terjemahan: “Oleh yang demikian, kami bersetuju dengan Yang Arif hakim perbicaraan bahawa semua elemen penting penyalahgunaan harta yang diamanahkan oleh Perayu (Najib) telah dibuktikan. Bukti menunjukkan dengan jelas bahawa perayu bukan hanya menyalahgunakan RM42 juta, iaitu mauduk 3 dakwaan jenayah pecah amanah, tetapi juga telah memindahkan kepada kegunaan dirinya sendiri harta yang dia telah salah guna secara tidak jujur. RM42 juta itu, berlawanan dengan dakwaan perayu bahawa dia menggunakannya untuk tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, telah sebenarnya digunakan untuk manfaat peribadinya dan untuk tujuan politiknya.”]

9.​ Kata hakim lagi:

“This is definitely not something that can be said to have been done in the national interest. There is no national interest here, just national embarrassment”.

[Terjemahan: Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai telah dilakukan demi kepentingan negara. Tiada kepentingan negara di sini, (yang ada) hanyalah keaiban negara]

10.​ Inilah CSR Najib – Crook’s Self en-Richment! Sedekah kepada diri sendiri.

11. Najib berulang kali tuduh saya khianat. Tapi tak ada satu mahkamah pun menjatuhi hukuman bersalah ke atas saya.

12. Dia juga tanya saya berapa wang yang saya belanjakan untuk rakyat?

13. Sepanjang saya jadi PM, RM530 bilion saya sediakan untuk rakyat dalam macam-macam bentuk pakej bantuan dan rangsangan ekonomi. Satu sen pun tak masuk akaun saya.

14.​ Bukan macam dia, berbilion masuk akaun sendiri. Itulah dia boss awak.

 



Comments
Loading...