Besar Kemungkinan Zeti Tahu Mengenai Wang Jho Low Dalam Akaun Syarikat Suami Di Singapura


(Malaysia New Herald) – Baru-baru ini, polis Singapura telah berkongsi maklumat dengan Bank Negara (BNM) mengenai transaksi mencurigakan akaun bank milik syarikat suami dan anak Zeti Akhtar Aziz, melibatkan wang daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, pada 2015 dan 2016.

Pada tahun 2015, Zeti adalah masih gabenor BNM apabila Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis Singapura berkongsi maklumat dengan bank pusat itu, mengenai transaksi akaun bank milik Iron Rhapsody Ltd, yang dimiliki Tawfiq Ayman, dan seorang anak lelaki mereka, menurut laporan The Edge.

Menurut menurut dokumen yang dikongsi CAD dengan penyiasat di Malaysia, Iron Rhapsody, menerima USD16.22 juta daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan Low, pada 2008 dan 2009.

Zeti bersara sebagai gabenor BNM pada April 2016 dan ada kemungkinan beliau cukup tahu mengenai akaun bank yang dimiliki suaminya di Singapura, menurut The Edge, yang membuat rumusan itu berdasarkan dokumen yang ditelitinya. Pada masa ini, Zeti adalah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Zeti sebelum ini menafikan ahli keluarganya menerima dana 1MDB walaupun suami dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB di dalam akaun mereka, menurut akuan berkanun (SD) yang ditandatangani mereka pada Mac 2019.

Menurut portal FreeMalaysiaToday yang telah lihat SD tersebut, ia adalah tulen dan boleh dipercayai, menurut peguam yang menandatangani dokumen itu.

Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz, menguruskan akaun itu bawah nama Cutting Edge Industries LTd, yang berpangkalan di Singapura.

Menurut pendedahan MalaysiaToday, wang dalam akaun mereka itu disalurkan daripada Iron Rhapsody Ltd, yang ditubuhkan untuk menerima wang daripada Low.

Menurut The Edge, polis Singapura menghubungi BNM mengenai transaksi mencurigakan akaun Iron Rhapsody pada 2015, selepas beberapa negara, termasuk Malaysia, melancarkan siasatan mengenai penyelewengan dan penggubahan wang berbilion ringgit milik 1MDB.

AmBank pun kena saman mengenai 1MDB. Photo credit: The Edge Malaysia

The Edge turut melaporkan bahawa Ayman bersama Low adalah rakan kongsi syarikat Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) yang ditubuhkan pada 2007.

Dari Jun 2011 hingga Sept 2013, siasatan CAD mendapati USD153 juta dipindahkan ke akaun ADKMIC di Singapura dari akaun Good Star Ltd di Switzerland, menurut The Edge.

 



Comments
Loading...