Umno akan singkir Perikatan, kata Fuad


(Malaysiakini) – Anggota Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi memaklumkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bahawa partinya akan menyingkirkan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) kelak.

“Perkara itu timbul di tengah-tengah spekulasi setelah Muhyiddin dikatakan mengeluarkan “ultimatum” kepada Umno untuk memutuskan sama ada mahu bertanding dalam PRU sebagai sebahagian daripada PN pada 1 Mac.

“Pada saya ia jadi rahsia terbuka. Bila ada keputusan 118 dari 147 (bahagian meluluskan usul tolak Bersatu) maksudnya putus hubungan.

“Patutnya Muhyiddin Yassin faham-fahamlah bahawa sebenarnya sudah ada keputusan. Pada saya pendirian Umno sudah jelas,” katanya seperti dipetik laporan The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, Puad enggan mengulas lanjut keputusan yang dibuat oleh bahagian lain selain bahagiannya. Untuk rekod, Umno mempunyai 191 bahagian.

Bulan lalu, sebahagian besar bahagian Umno menyatakan hasrat, enggan bekerjasama dengan Bersatu menerusi mesyuarat perwakilan parti.

“Majlis Tertinggi (MT) Umno putuskan sebelum ini akan putuskan dalam perhimpunan agung Umno… sebab ada 118 usul, jadi oleh kerana ia usul bahagian, sewajarnya ia usul yang dibahaskan semasa ucapan presiden.

“Tapi kerana darurat, perhimpunan agung Umno terpaksa ditangguh,” katanya.

Dia turut mendakwa Bersatu telah mengkhianati Umno ketika pilihan raya negeri (PRN) Sabah tahun lalu.

“Kita perlu kawan politik yang jujur, jadi tak payah nak main isu. Apa untung parti politik orang Melayu berpecah… bolehlah cakap sekarang,” katanya.

Menurutnya, Umno juga tidak akan bersendirian pada PRU kelak.

“Kita tak boleh ‘rigid’ macam itu sebab soal kawan politik kita boleh kawan dengan siapa saja. Yang penting pada saya, cari kawan politik yang lebih jujur.

“Tak semestinya Umno akan bertanding solo. Umno boleh bekerjasama dengan PAS, GPS di Sarawak atau beberapa parti politik di Sabah,” katanya.

Puad turut mengakui, terdapat bantahan berhubung keputusan untuk memutuskan hubungan bersama Bersatu.

“Pada saya Annuar adalah orang yang tidak mahu Umno putus hubungan dengan PN. Kita faham sebab beliau anggota jemaah menteri dalam kerajaan,” katanya.

“Saya tegaskan bahawa Umno pernah diharamkan, pernah pecah dua pernah hilang kuasa pada PRU14 tapi adakah Umno luput mati. Tidak ada sebab Umno ada akar umbi.

“Umno seperti PAS parti yang lahir dari akar umbi kerana perjuangan bukan lahir kerana tak puas hati, tambahnya.

Kata Puad lagi, Annuar harus menerima keputusan majoriti tersebut.

Umno dijadual melakukan perhimpunan agung pada 27 dan 28 Mac ini.

 



Comments
Loading...