‘Nombor’ tidak menyebelahi Tun Mahathir
(EDISI 9) – WALAUPUN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menyokong hasrat beliau kembali berkuasa, situasi terkini sudah berubah.
Seperti yang didakwa Datuk Seri Najib Tun Razak, seramai lapan Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Dr Mahathir sudah mengubah pendirian.
Jumlah yang dipercayai menyokong Dr Mahathir kini tinggal 106 Ahli Parlimen.