Hutang industri penerbangan cecah AS$550 bilion akhir tahun ini – IATA


Hutang industri penerbangan boleh meningkat menjadi AS$550 bilion pada akhir tahun, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

(Malaysia Gazette) – Dalam analisis yang dikeluarkan semalam, IATA berkata, ia merupakan kenaikan sebanyak AS$120 bilion berbanding tahap hutang pada awal tahun 2020.

Katanya, sebanyak AS$$67 bilion hutang baharu itu terdiri daripada pinjaman kerajaan (AS$50 bilion), cukai tertunda (AS$ 5 bilion) dan jaminan pinjaman (AS$ 12 bilion).

Sementara itu, sebanyak AS$ 52 bilion adalah daripada sumber komersial termasuk pinjaman komersial (AS$ 23 bilion), hutang pasaran modal (AS$18 bilion), hutang sewa operasi baharu (AS$5 bilion) dan akses kemudahan kredit yang ada (AS $6 bilion).

IATA berkata, bantuan kewangan itu bagi mengatasi krisis terburuk tanpa memerlukan penyelarasan operasi.

Namun, katanya, dalam tempoh permulaan semula akhir tahun ini, beban hutang industri akan mencecah AS$550 bilion – kenaikan besar 28%.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata, bantuan kerajaan bagi memastikan industri ini terus bertahan.

“Cabaran seterusnya adalah menangani syarikat penerbangan daripada ‘tenggelam’ di bawah beban hutang yang disebabkan oleh bantuan kewangan,” katanya.

Menurutnya, jumlah bantuan kewangan oleh kerajaan-kerajaan kepada industri penerbangan adalah sebanyak AS$123 bilion.

Daripada jumlah hutant itu, sebanyak AS$67 bilion perlu dibayar semula.

Bakinya terdiri daripada subsidi upah (AS$34.8 bilion), pembiayaan ekuiti (AS$11.5 bilion), dan pelepasan cukai/subsidi (AS$ 9.7 bilion).

IATA berkata, ini sangat penting bagi syarikat penerbangan yang dijangka menggunakan wang tunai kira-kira AS$60 bilion pada suku kedua 2020 sahaja.

de Juniac mengatakan lebih daripada separuh bantuan yang diberikan oleh kerajaan akan mewujudkan liabiliti baru.

“Kurang daripada 10% akan menambah ekuiti syarikat penerbangan. Ini mengubah gambaran kewangan industri sepenuhnya.

“Melunaskan hutang kerajaan dan pemberi pinjaman swasta bermaksud krisis akan berlanjutan lebih lama berbanding tempoh yang diperlukan sehingga permintaan penumpang pulih,” katanya.

de Juniac menambah bahawa banyak kerajaan telah meningkatkan pakej bantuan kewangan yang menyediakan jambatan untuk mengatasi keadaan yang sukar ini, termasuk wang tunai untuk mengelakkan bankrap.

“Yang mana kerajaan tidak memberikan respons yang cepat atau masalah dana yang terbatas, kita melihat kebankrapan berlaku. Contohnya termasuk Australia, Itali, Thailand, Turki, dan United Kingdom.

”Kesaling sambungan penting untuk pemulihan. Bantuan kewangan yang bermakna kepada syarikat penerbangan kini masuk akal dari segi ekonomi. Ini akan memastikan mereka bersedia untuk menyediakan hubungan sokongan pekerjaan ketika ekonomi dibuka semula,” kata de Juniac.



Comments
Loading...