Anwar bertemu Muhyiddin: “Anwar tak perlu kalut dan jangan cari publisiti murahan” – Khairuddin Abu Hassan


Khairuddin Abu Hassan

Anwar Ibrahim dah mula dengan agenda peribadinya untuk mendapatkan publisiti murahan serta untuk tunjuk pada rakyat bahawa beliau terus relevan dalam lanskap politik tanahair.

Beliau amat licik dan pandai mencari publisiti murahan. Kenyataannya setelah berjumpa dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada realitinya tak perlu digembar-gemburkan olehnya langsung.

Pada pandangan saya beliau dah mula merasai ‘kecut perut’ serta sedar bahawa dirinya semakin tidak relevan apabila ramai daripada musuh-musuh politiknya sedang berada ditampuk pentadbiran negara masakini.

‘Perdana Menteri menanti’ paling lama ini dah mula ‘gementar’ kerana tokoh-tokoh pemimpin yang beliau memberi tekanan kuat pada suatu masa dulu dalam Parti PKR seperti Dato’ Seri Azmin Ali, YB Zuraidah dan beberaoa lagi musuh tradisi seperti Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein kini berada di tampuk kekuasaan.

Sebab itu pada hari ini nada Anwar Ibrahim sudah bertukar dari ‘nada garang dan angkuh’ pada suatu masa dahulu ke nada kecut perut’ pada hari ini.

Tidak berapa lama dahulu beliau cukup angkuh dan memberi pelbagai tekanan kotor terhadap Dato’ Seri Azmin Ali berserta beberapa lagi pengikutnya dalam PKR tetapi kini Anwar Ibrahim kelihatan bersikap seperti ‘kucing parsi’ pula.

Dulu suaranya amat lantang mengkritik apa saja dasar kerajaan tetapi pada hari ini kaedah tutur-katanya pun sudah berubah menjadi lemah-longlai.

Apa pun jangan sesiapa percaya dengan manusia ‘lidah bercabang’ ini. Dia amat licik!

Bila tahu dirinya lemah dia mula tagih simpati tetapi apabila sedar dirinya semakin kuat ‘tocang’ serta ‘tanduk’ nya akan keluar.

Mengapa Anwar Ibrahim tidak bersuara angkuh, garang serta lantang lagi sekarang?

Apakah kerana Dato’ Seri Azmin Ali kelihatan semakin mantap kedudukannya dalam lanskap politik negara?

Atau adakah Anwar Ibrahim juga takut kini kerana Dato’ Seri Hamzah Zainudin sedang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri?

Sesungguhnya, Anwar Ibrahim tidak perlu bersandiwara lagi kini. Keseluruhannya rakyat Malaysia sudah tahu ‘tembelang’ dan perangai buruk Anwar Ibrahim. Akar umbi kini amat bijak menilai keperibadian dan jatidiri seseorang itu.

Secara jujur dan ikhlas ingin saya sarankan kepada Anwar Ibrahim agar duduk diam-diam cukuplah. Jangan cuba nak cari publisiti murahan demi agenda politik malapnya pada hari ini.

Beliau tidak relevan lagi. Anwar Ibrahim boleh memperbodohkan segelintir dari pengikut ‘otak udang’ nya tetapi dia gagal untuk membohongi Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Haram bagi kita semua untuk mengizinkan manusia ‘berpenyakit’ seperti beliau untuk menjadi khalifah utama bagi memimpin ummah

Sandiwara dan drama anwar ibrahim tidak laku lagi pada hari ini!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin

 



Comments
Loading...