Anwar Gesa Sekali Lagi Adakan Sidang Parlimen


(Suara TV) – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali ini menggesa agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang tergempar parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, ia bertujuan untuk membahas berkenaan beberapa isu termasuk pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion baru-baru ini.

Tambahnya, negara ini tidak boleh diperintah oleh satu atau dua orang yang merasa serba pandai dan serba tahu. Negara ini sedang dilanda penyakit (berjangkit) Covid-19.

Beliau yang bercakap pada siaran langsung di halaman Facebooknya memberi jaminan bahawa sidang ini tidak ada kaitan dengan percaturan  politik untuk menolak majoriti PN di Dewan Rakyat.

“Saya telah beri jaminan kepada PM kita tak akan gunakan sidang ini untuk menolak majoriti kerajaan kalau pun dia bimbang soal majoriti ahli parlimen yang mendokong kerajaan PN.

“Kita hanya akan bahaskan dan minta penjelasan dalam beberapa isu dari PM dan menteri kewangan serta menteri-menteri lain yang sebahagiannya tidur atau asyik pamer pakaian aneh-aneh, itu soal lain,” katanya.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau setuju ‘Kak Kiah’, diberikan bantuan, dan minta bantuan tersebut agar disegerakan.

“Bukan setakat itu. Kita minta anggota parlimen kita tambah dana,” tambahnya.

Nama timangan ‘Mak Cik Kiah’ merujuk kepada nama yang digunakan perdana menteri bagi menggambarkan bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah  ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion baru-baru ini.

 



Comments
Loading...