KEPUTUSAN YANG DI-PERTUAN AGONG TEPAT: TUN DR MAHATHIR TIDAK PUNYA NOMBOR


Kamarul Yusoff

Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini mengumumkan bahawa beliau sudah mempunyai sokongan daripada 114 MP.

Selain daripada 92 MP penyokong asal Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat 22 MP yang baru disenaraikan, iaitu:

P.004 – Langkawi: Mahathir Bin Mohamad (BERSATU)
P.005 – Jerlun: Mukhriz Bin Mahathir (BERSATU)
P.006 – Kubang Pasu: Amiruddin Bin Hamzah (BERSATU)
P.059 – Bukit Gantang: Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal (BEBAS, ASAL BN)
P.129 – Kuala Pilah: Eddin Syazlee Bin Shith (BERSATU)
P.146 – Muar: Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (BERSATU)
P.151 – Simpang Renggam: Maszlee Bin Malik (BERSATU)
P.166 – Labuan: Rozman Bin Isli (WARISAN, ASAL BN)
P.169 – Kota Belud: Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakharudy (WARISAN)
P.170 – Tuaran: Wilfred Madius Bin Tangau (UPKO, ASAL BN)
P.171 – Sepanggar: Mohd Azis Bin Jamman (WARISAN)
P.174 – Penampang: Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)
P.175 – Papar: Ahmad Bin Hassan (WARISAN)
P.179 – Ranau: Jonathan Bin Yasin (PKR)
P.180 – Keningau: Gapari Bin Katingan @ Geoffrey Kitingan (PKR, ASAL STAR)
P.185 – Batu Sapi: Liew Vui Keong (WARISAN)
P.188 – Silam: Mohamaddin Bin Ketapi (WARISAN)
P.189 – Semporna: Mohd Shafie Bin Apdal (WARISAN)
P.191 – Kalabakan: Ma’mun Bin Sulaiman (WARISAN)
P.199 – Serian: Richard Riot Anak Jaem (PKR, ASAL BN)
P.202 – Sri Aman: Masir Anak Kujat (BEBAS, ASAL BN)
P.214 – Selangau: Baru Bian (BEBAS, ASAL PKR)

Begitupun, kata Datuk Seri Salahuddin Ayub, mereka yang menandatangani akuan bersumpah setakat malam ini hanya 111 MP sahaja, tiga lagi hanyalah sekadar memberi aku janji sokongan.

Daripada 111 MP yang menandatangani akuan bersumpah ini, seorang daripadanya, iaitu Baru Bian, MP P.214 – Selangau, hanya berbuat demikian malam ini, dan dirakam secara live.

Ini bermakna Yang Di-Pertuan Agong membuat keputusan tepat melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM 8 kerana penyokong Tun Dr Mahathir hari ini tidak membentuk majoriti.

Malah, setelah berusaha keras sekalipun, majoriti 112 akuan bersumpah ternyata masih gagal diperolehi malam ini kerana tiga yang lain hanyalah sekadar memberi aku janji sokongan.

Apatah lagi bila Masir Anak Kujat, MP P.202 – Sri Aman, dan Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal, MP P.059 – Bukit Gantang, sudah menafikan menyokong Tun Dr Mahathir.

Esok entah siapa lagi yang akan menafikan, dan rakyat sudah terlalu letih dihadapkan dengan tipu-menipu, lompat-melompat dan segala macam plot yang seperti tidak berkesudahan ini.

Hormatilah Yang Di-Pertuan Agong yang sudah menggunakan kuasa budi bicara Baginda dengan cara terbaik, jika mahu dipertikaikan juga buatlah sahaja nanti mengikut prosedurnya.

Sebelum ini mereka juga yang berdegar-degar meminta rakyat menghormati keputusan Yang Di-Pertuan Agong tetapi kini mengapa setelah ia dibuat mereka sendiri yang mempersoalkannya?

 



Comments
Loading...