Buka semula kes semburit Azmin Ali


Mohamad Ezam Mohd Nor

1. Saya ulangi gesaan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador agar siasatan kes video seks songsang yang membabitkan Menteri Ekonomi dibuka semula dan dilakukan secara profesional dan telus.

2. Saya merujuk kepada ucapan-ucapan saya di Shah Alam pada 14 Feb, Seremban pada 15 Feb dan Kuantan pada 16 Feb 2020.

3. Saya menggesa KPN untuk membuka semula siasatan berdasarkan bukti baru yang khabarnya diterima oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beberapa minggu lalu.

4. Sebelum ini dakwaan terbuka telah dilakukan seorang bernama Haziq Aziz membabitkan seorang menteri kanan bernama Mohamed Azmin Ali yang merupakan Menteri Ekonomi. Ianya dakwaan serius dan sehingga hari ini tiada tindakan terhadap pendakwa dan/ataupun yang didakwa.

5. Menteri Ekonomi ini banyak melakukan sabotaj ekonomi dengan secara terbuka menggagalkan pelan peralihan kuasa PM yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

6. Menteri Ekonomi ini juga dikaitkan dengan beberapa komplot kerajaan pintu belakang yang juga mengakibatkan kesan negatif kepada ekonomi negara dan merosakkan imej dan keyakinan pelabur kepada Malaysia.

7. Kesannya amat jelas.Ekonomi Malaysia ditahap terburuk dengan KDNK paling rendah suku akhir 2019. Rakyat semua peringkat merasai keperitan yang semakin berpanjangan.

8. Justeru ,alasan kukuh untuk mempercayai Menteri Ekonomi yang terpalit dakwaan skandal seks songsang bersama bukti video ini hilang fokus dari menjalankan tanggungjawab selamatkan ekonomi negara kepada selamatkan dirinya sendiri.

9. Tan Sri Hamid punya rekod meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain sewaktu ketika dahulu dengan berani meletakkan jawatan dalam isu 1MDB yang melanda negara ketika itu.

10. Saya harap beliau kekal dengan sikap meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik mana-mana kelompok dan individu.

11. Makanya saya sekali lagi menggesa beliau melakukan tindakan segera tanpa kompromi. Kes ini soal negara. Ia membabitkan seorang menteri ekonomi dan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan rakyat.

 



Comments
Loading...