Pengundi Memilih Parti, Bukannya Calon
Salleh Said
1. Di United Kingdom, ramai daripada 47 juta pengundi dalam pilihan raya umum lepas keluar ke pusat pengundian tanpa mengetahui siapakah calon yang mereka akan undi.
2. Mereka buat keputusan untuk memberikan undi kepada parti tertentu tanpa mengetahui siapakah calon parti tersebut. Mereka hanya mengetahui nama calon apabila mereka memasuki pusat pengundian.
3. Walaupun pada hari pengundian mereka akan tahu siapakah calon yang bertanding menerusi nama yang disenaraikan pada kertas undi, majoriti daripada pengundi tidak pernah bertemu atau lihat calon tersebut, dan mereka mungkin tidak akan mengenalpasti calon walaupun pernah bertembung di jalanan.
4. Jadi, di UK, siapa yang menjadi calon tidaklah begitu penting. Jika anda bertanding untuk parti yang betul, anda akan menang. Jika anda bertanding untuk parti yang salah, anda akan kalah.
5. Dan parti ‘betul’ atau ‘salah’ ini ditentukan oleh faktor di mana anda bertanding dan apakah isu penting bagi konstituensi tersebut.