Vote and support may not coincide
SALLEH SAID
Politik hari ini jauh beza dengan politik pada masa yang lepas. Zaman dahulu, sekiranya seseorang itu menyokong Umno maka orang itu hanya akan mengundi untuk Umno. Mereka tidak kisah atau tidak mengambil kira apa-apa lagi. Sama juga dengan penyokong parti-parti yang lain. Penyokong-penyokong mereka akan ‘tutup mata’ dan pangkah parti yang mereka sokong tanpa ragu-ragu atau berbelah bagi.
Hari ini, keadaan sudah berubah. Apa yang dikatakan ‘blind loyalty’ atau ‘taat setia tanpa syarat’ sudah tidak wujud lagi. Sekiranya parti tersebut ingin mendapatkan sokongan dari penyokong mereka, maka mereka perlu membuktikan yang mereka ini layak disokong atau ‘have to earn the support’.
Sekiranya parti yang mereka sokong itu menyeleweng atau dilihat sebagai ‘sesat jalan’, penyokong mereka tanpa ragu-ragu akan memangkah parti lawan. Tidak mustahil sekiranya penyokong atau ahli sebuah parti mengundi untuk parti musuh. Ini sudah pun dilihat di dalam beberapa pilihan raya yang sudah di mana ahli seumur hidup parti pemerintah mengundi untuk parti pembangkang sampai parti pembangkan tersebut berjaya membentuk kerajaan.