Dalang Video Semburit Dan Gangguan Seksual
(Dr MiM) – Kita ada 2 kes pemimpin tertinggi PH yang dikaitkan dengan aktiviti liwat laknat.
Finale nya tidak sama dan menimbulkan pelbagai persoalan lain.
Apabila AG buat keputusan video semburit ‘tidak ‘jelas’ dan ‘tidak konklusif’, Azmin ambil pendirian untuk tutup tidak panjangkan lagi kes tersebut.
Walau pun maruahnya tercalar teruk, Haziq tidak disaman, begitu juga produser video, dalang dan penyebar video semburit itu.
Padahal sebelum ini, Azmin kata beliau tahu dalang dalam parti sendiri dan motif video disebarkan.
Lain pula dengan Anwar Ibrahim.
Anwar tidak saman Syazrly Eskay atau Rahim Tamby Chik tentang isu video China doll pelacur Cina yang dikaitkan dengan Anwar.
Anwar juga zip mulut dan tidak saman (mungkin selepas jadi PM 8?) Dr Mahathir yang bertanggungjawab mendedahkan aktiviti songsang Anwar secara terperinci ke seluruh dunia dan memalukan seluruh keturunan Anwar. Beliau dipecat dan dihumban ke dalam penjara oleh Mahathir.
Tetapi Anwar akan tetap saman Muhamed Yusoff Rawther berhubung dakwaan serangan seksual di rumah Anwar.
Apakah Anwar beria-ia sangat untuk saman pemuda yang tidak dikenali itu sebab peguam pemuda itu yang berkait rapat dengan Mahathir?
Atau, apakah ianya tanda Anwar terima cabaran Mohamad Khairuddin, penyokong tegar Mahathir?
Sebelum ini, Khairuddin cabar Anwar supaya saman malu Yusoff Rawther. Beliau juga cabar Anwar dedahkan dalang-dalang yang terlibat dalam kes ini.