9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM


Sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

(Astro Awani) – Sebahagian daripada petikan rakaman percakapan berkenaan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.

Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang turut memperdengarkan set rakaman percakapan terbabit kepada wartawan.

Menurut Latheefa, kesemua rakaman percakapan yang didedahkan itu berlaku pada 2016 dan hasil siasatan mendapati ia adalah tulen.

“SPRM akan menyerahkan semua rakaman percakapan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

 



Comments
Loading...