Selamat hari lahir, Puteri Umno


Raja Sara Petra

Hari ini Puteri Umno berusia 18 tahun. Dari segi umur manusia, 18 tahun dianggap sebagai dewasa. Jadi hari ini Puteri Umno sudah dewasa dan bukan lagi ‘kanak-kanak’.

Beberapa tahun akan datang adalah satu cabaran untuk Umno. Selepas memerintah selama 63 tahun, Umno telah hilang kuasa tahun lepas. Dan gulungan yang anti-kerajaan, mana-mana di dunia ini, ialah gulungan muda. Dan dengan umur mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18, gulungan ini akan bertambah ramai.

Semenjak bulan Mei 2018, kita boleh lihat yang cabaran kepada tradisi lama sudah bertambah. Bahasa Melayu, institusi Raja-raja Melayu, Islam dan Dasar Ekonomi Melayu dicabar. Bukan saja bukan Melayu malah Melayu gulungan muda juga sudah berani menolak apa yang dianggap kepentingan orang Melayu.

Umno lahir pada tahun 1946 atas hasrat memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Hari ini kepentingan orang Melayu didalam kedudukan bahaya. Perlu orang Melayu menyertai Puteri Umno dan sokong perjuangan Umno demi masa hadapan bangsa dan ugama.

 



Comments
Loading...