Jawatankuasa Pilihan Khas bincang pelantikan Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara


Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara dilihat sebagai anti-Anwar Ibrahim

(Sinar Harian) – Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam dijadualkan akan bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada hari Selasa, 7 Mei ini untuk membincangkan tentang pelantikan Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga akan bermesyuarat pada tarikh yang akan ditetapkan untuk membincangkan tentang pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Jawatankuasa ini akan membincangkan dan mengkaji semula pelantikan Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara dari segi kuasa dan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang khusus yang relevan dan terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, dalam menjalankan kuasa Badan Perundangan sebagai tonggak kerajaan yang kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

William menambah, perbincangan dan kajian semula pelantikan oleh jawatankuasa ini berdasarkan aspirasi yang dinyatakan dalam Janji 12 (perenggan akhir) dan Janji 16 dari Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan maruah Parlimen dan untuk membolehkan Parlimen untuk bertindak sebagai kuasa semak dan imbang kepada kuasa eksekutif.

 



Comments
Loading...