DAP ingin masyarakat Melayu keliru dengan status sebenar Islam


“Mereka akan memberikan persepsi palsu kepada orang Islam bahawa agama Islam sememangnya merupakan agama rasmi perskutuan dengan berpura-pura takut Malaysia akan secara otomatik menjadi negara Islam sekiranya PAS dan UMNO berkuasa. Hakikatnya, mereka tidak ingin masyarakat Melayu-Islam bangkit menuntut agar Islam dijadikan agama rasmi persekutuan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Masih ramai lagi di luar sana – terlalu ramai – yang menganggap bahawa Islam termaktub dalam perlembagaan persekutuan sebagai agama ‘rasmi’ persekutuan, sepertimana yang diutarakan oleh salah seorang pembaca The Third Force baru-baru ini.

Justeru, tujuan artikel ini adalah bagi menyedarkan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia betapa perlunya kita peka terhadap peruntukan-peruntukan sebenar Perlembagaan Persekutuan agar kita mampu bergerak maju ke hadapan dan berjuang sebagai sebuah masyarakat Muslim yang berakal dan matang, bukannya jahil dan sesat.

Sedarlah, wahai saudaraku yang seagamaku, bahawa Perkara 11 Perlembagaan Malaysia tidak pernah meletakkan status rasmi pada agama Islam, tetapi sebaliknya, hanya menyatakan bahawa Islam itu merupakan Agama Persekutuan, tidak lebih dari itu.

Buruk padahnya apabila seseorang itu tersilap tafsir Islam sebagai agama ‘rasmi’ persekutuan, kerana bukan hanya tafsiran itu salah, ianya mampu menjurus kepada sebuah perjuangan yang tidak membawa apa-apa hasil selain daripada memberikan DAP peluru untuk terus memarakkan lagi gelombang Islamophobia dengan merujuk kepada kaum muslimin dan muslimat sebagai ekstremis dan Taliban.

Ketahuilah, bahawa status “Islam sebagai agama persekutuan” yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan lebih bersifat simbolik dari “conclusive” dan tidak membawa apa-apa makna yang signifikan dalam konteks perundangan memandangkan ianya sentiasa terbuka kepada tafsiran.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...