Perang saraf menjelang PRK Semenyih


SD Salleh

Hari ini Malaysia sudah kecoh berkenaan dengan Presiden Pas Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat beliau pada hari jumaat yang lepas. Mahathir telah membuat kenyataan bahawasanya Hadi telah menandatangani surat rasmi yang beliau atau pun PAS tidak akan menyokong Umno di pilihan raya kecil Semenyih. Tok Guru Haji Hadi Awang telah dituduh membuat keputusan tanpa direstui oleh ahlinya.

Yang sebenar-benarnya, perjumpaan pada jumaat yang lepas adalah untuk menyelesaikan royalty minyak negeri Kelantan dan Terengganu. Pada perjumpaan pertama tahun lepas, Tun Dr Mahathir telah bersetuju untuk melepaskan duit royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. Akan tetapi, royalti yang sepatut dibayar dalam anggaran dalam RM1.5 billion telah dibayar hanya sebanyak RM200 ke RM300 juta sahaja. Bakinya telah disekat dan tidak diluluskan oleh Lim Guan Eng walaupun Tun Dr Mahathir telah pun bersetuju untuk membayarnya. Jadi, perjumpaan yang kedua ini pada hari jumaat lepas adalah untuk menyelesaikan masalah ini.

Perkara yang kedua yang telah disampaikan kepada Mahathir didalam perjumpaan itu adalah berkaitan Azmin Ali dilantik menjadi pengerusi mentadbir pebangunan Negeri Kelantan. Exco Negeri Kelantan tidak berpuas hati dengan perlantikan Azmin Ali pada 31 Januari yang lepas dan Parti Amanah Negeri Kelantan (Amanah) juga menentang perlantikan Azmin Ali ini. Pembangunan di negeri Kelantan dan Terengganu adalah dibawah urusan Kerajaan Negeri. Dan mengikut perlembagaan, hal ehwal negeri adalah dibawah Kerajaan Negeri bukan Kerajaan Pusat. Jadi, Azmin Ali sepatutnya tidak boleh campur tangan dalam pengurusan ekonomi di Negeri Kelantan.

Pertemuan diantara Hadi dan Mahathir itu sebenarnya adalah untuk membincangkan tentang pentadbiran semata-mata dan tiada kaitan langsung dengan politik ataupun hal parti. isu yang mengatakan bahawa PAS akan menyokong Pakatan dan tidak akan menyokong Umno tidak pernah dibincangkan. PAS bahkan telah mengeluarkan arahan bertulis kepada seluruh ahlinya hadir untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional untuk PRK Semenyih ini. (Sila lihat lampiran di bawah)

Mungkin Mahathir terlupa tentang apa yang dibincang masa perjumpaan itu ataupun Mahathir sengaja buat-buat lupa untuk mengelirukan rakyat. Hadi setakat ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mungkin kerana Hadi tidak mahu memalukan Mahathir. Sekiranya Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa cerita Mahathir itu adalah cerita karut dan tidak benar, ini akan memalukan Mahathir. Jadi, bagi Hadi, lebih baik beliau tidak bercakap dan berdiamkan diri.

Sekiranya Hadi ingin membuat sebarang keputusan berkaitan PAS samada menyokong Pakatan atau tidak menyokong Umno, itu adalah satu keputusan yang perlu dilulus oleh parti dahulu. Dan kenyataan tersebut mesti diumumkan oleh PAS dan bukannya diumumkan oleh Mahathir. Tetapi di dalam kes ini Mahathir seorang yang mengumumkannya, bermakna ini bukanlah satu kenyataan bersama. Kita janganlah terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan menjelang PRK Semenyih ini. Akan ada banyak lagi kenyataan berat sebelah atau kenyataan palsu yang akan disebarkan dengan sengaja untuk mengelirukan rakyat.

 



Comments
Loading...