Aibkan Institusi Kehakiman dan Hilang Wibawa Perundangan Negara


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencela sikap Ketua Hakim Negara (Tan Sri Richard Malanjum), Peguam Negara (Tommy Thomas) dan Menteri (YB VK Liew) di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) yang *berdansa dalam satu majlis* makan malam sepertimana yang tular dalam media sosial mutakhir ini.

2. Tarian mereka dikhayalak awam telah *mengaibkan  institusi kehakiman dan menjatuhkan wibawa perundangan negara*. Sangat memalukan.

3. *Sikap tidak profesional dan mengaibkan* mereka bersama beberapa orang aktivis guaman kontroversi telah mengundang pelbagai *kritikan negatif* dalam kalangan rakyat.

4. *Bukankah ia boleh menjatuhkan penghormatan rakyat ke atas mereka?*

5. *Tidakkah ia boleh mencetuskan konflik kepentingan* dengan pihak-pihak yang berkepentingan?

6. Selayaknya Perdana Menteri dan kabinet *menilai semula kedudukan mereka* di posisi penting dalam sistem kehakiman dan perundangan *malah wajar digugurkan jawatan mereka* supaya wibawa institusi ini dapat terus diperteguhkan dan dihormati oleh rakyat.

Islam Memimpin.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

https://www.youtube.com/watch?v=43lg_Ay5IPY

https://www.youtube.com/watch?v=4OSkYtWCzbA

 

 



Comments
Loading...