Bekas Timbalan Ketua Polis Negara meninggal dunia


 

(Berita Harian) – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Wira Abdul Rahman Ismail meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya jam 8 pagi tadi.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit, dekat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas solat Zohor hari ini.

Allahyarham kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini, selepas solat Asar untuk dikebumikan.



Comments
Loading...