Wasiat Raja Melayu Yang Perlu Difahami Oleh Rakyat Malaysia


SD Salleh

Generasi baru dan kaum yang bukan Melayu kebanyakannya tidak mengetahui akan wujudnya wasiat Raja-Raja Melayu. Samada mereka kurang pendedahan terhadap sejarah ataupun mereka sengaja tidak mahu ambil tahu kewujudannya. Inilah punca wujudnya individu yang mengutuk dan menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong dan orang Melayu.

Wasiat Raja-Raja Melayu ini hasil daripada kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu. Ianya dipersetujui dan disampaikan oleh sembilan Raja Negeri Melayu kepada Rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal, semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 sebelum Merdeka.

Antara yang terkandung didalam wasiat Raja Melayu seperti : –

“Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini”

“Kami isytiharkan Islam ialah Agama Persekutuan”

“Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu”

Di dalam video ini, DYMM Sultan Perak juga menyebut:

https://www.youtube.com/watch?v=QSpwtBwhN04

“Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada Rakyat Melayu yang merupakan RAKYAT ASAL.”

“Rakyat Melayu yang merupakan Rakyat Asal” adalah perkataan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Sampaikan ada pihak mengatakan bahawa bumiputera khususnya orang Melayu ini adalah pendatang yang sama seperti Cina dan India. Adakah mereka ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang perkara ini.

Raja-Raja Melayu bertindak sebagai penjaga yang mempertahankan wasiat ini. Walau sekali pun kerajaan bertukar tangan, orang Cina menguasai negara ini dan mereka mempunyai majoriti dua-pertiga didalam parlimen, tetapi apa yang terkandung di dalam wasiat itu tidak boleh diubah dan disentuh. Agong akan tetap menjadi ketua negara. Islam adalah agama rasmi dan Bahasa Melayu adalah tetap Bahasa Kebangsaan.

 



Comments
Loading...