ANWAR IBRAHIM: RAKSASA PELBAGAI WAJAH


Anuar Shaari

1. DS Anwar semakin terdesak dan kini mula menonjolkan diri dalam pelbagai wajah.

Nurul Izzah telah meletak jawatan parti dan kerajaan namun tetap mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Kononnya ‘lelah’ dengan keadaan politik Malaysia mutakhir ini. Jika lelah, kosongkan sahaja kerusi Parlimen Permatang Pauh. Saya kira keadaan ini tidak akan berlaku kerana pencatur di belakang Nurul Izzah iaitu DS Anwar masih memerlukan bilangan yang cukup di Parlimen untuk berhadapan dengan Tun Mahathir.

2. DS Anwar juga muncul di dalam wajah DS Johari Abdul bagi mengingatkan kerajaan PH perlu ‘move on‘ bagi mentadbir negara.

Tidak perlu diungkit-ungkit lagi kesalahan bekas PM DS Najib. Katanya lagi, negara perlu bergerak ke hadapan dan segera berbuat sesuatu bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Seperti yang pernah saya nyatakan dahulu, DS Anwar akan mengambil watak baik namun bertentangan dalam hubungannya dengan Tun Mahathir.

3. Wajah DS Anwar juga menjelma dalam DAP melalui Lim Kit Siang.

Ugutan Lim Kit Siang bahawa DAP bersedia meninggalkan kerajaan jika hasrat menjayakan Malaysia Baharu tidak dilaksanakan sepenuhnya, menjadi bahan ketawa banyak pihak. Adakah kenyataan itu dilontarkan sebagai ingatan bahawa beliau (DS Anwar) yang menguasai DAP walaupun beberapa anggota DAP menjadi sebahagian dari ahli kabinet Tun Mahathir?

4. Wajah DS Anwar juga muncul di sebalik kenyataan YB Liew Chin Tong yang bimbang pertembungan Mahathir-Anwar bakal meruntuhkan kerajaan PH.

Adakah ini mesej jika kerajaan PH jatuh, kesalahan bakal diletakkan di bahu Tun Mahathir kerana tidak mahu menurut kehendak Anwar dan DAP? Jelas bahawa pertembungan Mahathir-Anwar kini adalah rahsia terbuka walaupun masing-masing cuba menafikannya.

5. Seperti biasa, DS Anwar mengambil jalan tengah yang selamat apabila berada dalam satu pasukan bersama Tun Mahathir.

Anwar ketika mengulas peletakan jawatan Nurul Izzah, menggambar ianya adalah keluhan hati Izzah yang amat tidak senang dengan senario politik negara terkini. Mengapa Anwar tidak menjadi anak jantan dan mengaku bahawa suara hati Izzah itu adalah suara hati beliau yang mahu menyerang Tun Mahathir?

6. DS Anwar adalah manusia lidah bercabang dan kini muncul sebagai ‘raksasa’ pelbagai wajah.

Beliau bijak menyesuaikan kata-katanya mengikut persekitaran semasa. Beliau boleh menjadi ultra melayu di hadapan orang Melayu, boleh menjadi ‘Justice Bao‘ di hadapan orang Cina dan menari tarian India lebih baik dari orang India sendiri.

Hasrat Anwar semakin terserlah. Ghairah hatinya mahu segera berkuasa tidak boleh dihentikan lagi. Kukunya semakin panjang serta mahu mencengkam. Namun jerat tidak pernah melupakan pelanduk!

Mari kita tengok siapa yang kena…

 



Comments
Loading...