Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan


(FMT) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengumumkan dia menyerahkan tugas-tugas presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perkembangan ini menyusuli desakan daripada beberapa pihak dalam parti yang mahu beliau berundur selepas beberapa pemimpin negeri dan wakil-wakil rakyat meninggalkan Umno.

“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden.

“Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, sayap Pemuda menyarankan Zahid bercuti sehingga kes perbicaraan rasuah selesai.

 



Comments
Loading...