Lim Guan Eng patut digantikan dengan Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan aset Tabung Haji


THE THIRD FORCE

“Apakah pemindah-milikkan aset kepada SPV yang dikuasai Bangsa DAP satu-satunya cara bagi memulihkan keadaan? Bukankah kaedah yang paling berkesan bagi menyelesaikan kemelut ini adalah dengan memecat Lim Guan Eng dan melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan sementara menunggu giliran beliau menjadi Perdana Menteri?”

Raja Petra Kamarudin dan Raggie Jessy Rithaudeen

Beberapa hari yang lepas, tanggal 10hb Disember 2018, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pendedahan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mujahid Yusuf. Menurut beliau, pemberian bayaran hibah (dividen) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak 2014 bercanggah dengan Akta Tabung Haji 1995. Beliau menerangkan bahawa pendedahan tersebut diperolehi hasil dari siasatan oleh sebuah syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC), yang mendapati bahawa TH telah mengalami defisit RM4.1 bilion berikutan dari pemberian hibah walaupun TH mencatat kerugian.

Ini sebenranya satu pembohongan.

Hakikatnya, bukan hanya loporan-laporan TH jelas terpapar di laman web lembaga tersebut bagi tatapan umum, hasil kajian kami mendapati bahawa laporan-laporan bagi tahun-tahun berakhir 31 Disember 2010 hingga 31 Disember 2017 – iaitu semasa Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri – menunjukkan bahawa TH mencatat keuntungan, bukan kerugian. Menurut laporan-laporan tersebut, keuntungan TH berjumlah RM3.8 bilion pada tahun 2017, RM2.3 bilion pada tahun 2016, RM3.5 bilion pada tahun 2015, RM4.6 bilion pada tahun 2014, RM2.5 bilion pada tahun 2013, RM2.2 bilion pada tahun 2012, RM2.0 bilion pada tahun 2011 dan RM2.2 bilion pada tahun 2010.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...