Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, ini kerana kenyataan Waytha Moorthy sebelum ini tidak membantu menyelesaikan apa-apa masalah.

“Memandangkan ada beberapa isu mengenai kenyataan beliau sebelum ini, saya rasa lebih baik Waytha Moorthy tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beliau sepatutnya membantu menyatukan masyarakat tetapi kenyataan-kenyataannya sebelum ini agak merbahaya,” katanya ketika sidang akhbar mengenai isu Kuil Maha Mariamman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Waytha Moorthy bersama beberapa menteri Pakatan Harapan mendakwa polis lewat tiba di lokasi kejadian sehingga menyebabkan keadaan tidak terkawal.

Dalam kejadian tersebut, puluhan individu merusuh di kawasan tapak kuil sebelum tercetus pergaduhan sehingga menyebabkan 18 kenderaan dibakar.