Pakatan Mahu Kuil Menentang Keputusan Mahkamah


Malaysia Today

Dua menteri Etnik India dari Kerajaan Pakatan Harapan hari ini berkata mereka akan memastikan bahawa Kuil Sri Maha Mariamman – yang kini berada di dalam isu keganasan atas perjanjian untuk memindahkan struktur binaan yang berusia 40 tahun itu – tidak akan dirobohkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran mengatakan mereka akan membangkitkan isu ini kepada Perdana Menteri.

Ini diikuti dengan mesyuarat tertutup selama satu jam di dalam kuil tersebut.

“Mereka mahu kuil itu dikekalkan di tempat yang sama.Kula dan saya telah mendengar segala aduan mereka dan kami akan membawanya kepada Perdana Menteri,” kata Waytha kepada pemberita semasa sidang akhbar yang berlangsung di kuil tersebut.

Beliau juga berkata bahawa,beliau sudah berbincang dengan Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengekalkan kuil tersebut.

Sesetengah pihak di kuil itu membantah plan pemindahan kuil.Walaupun empat tahun lalu mereka telah bersetuju dengan keputusan penghakiman termasuklah syarikat yang memiliki tanah tersebut, One city dan Kerajaan Negeri Selangor.

Waytha berkata beliau akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor dan menggesa semua pihak agar membenarkan pihak polis menyiasat keganasan yang berlaku pada dua hari lepas.

“Ada beberapa individu yang cedera termasuklah seorang ahli bomba,” katanya.

“Kami telah hidup dalam suasana yang aman bersama, marilah kita hidup dengan keadaan yang lebih aman dan damai.”

 



Comments
Loading...