Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman


(Abu Leman) – Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, awal pagi tadi, hingga mencetuskan rusuhan.

Tanpa mengemukakan bukti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning daripada parti tamak haloba dan anti-Islam DAP itu, memuatnaik tuduhan berkenaan dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini,” katanya.

Dia meminta polis menjalankan siasatan dengan teliti kejadian itu dan memberi perlindungan yang diperlukan kepada orang awam mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Ganabatirau berkata, dia menerima laporan sekumpulan penceroboh memasuki kuil dengan senjata berbahaya dan menyerang orang awam di kuil itu.

Dalam kenyataan itu, dia bagaimanapun berkata, isu penempatan semula kuil berkenaan adalah berikutan perebutan antara dua kumpulan dalam pentadbiran kuil.

“Kerajaan Selangor berpendirian bahawa semua pihak mesti mematuhi keputusan yang dibuat oleh mahkamah,” katanya.

Difahamkan, pemindahan kuil itu diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014, menerusi penghakiman persetujuan (consent judgement), selepas empat pihak bersetuju menyerahkan kembali tanah itu kepada pemiliknya.

Empat pihak terbabit ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.

Chellappa memfailkan bantahan terhadap usaha One City mengambil tapak kuil berkenaan pada 1996.

Dalam penghakiman persetujuan itu pemilik tanah, (One City) juga bersetuju mendepositkan wang sebanyak RM1.5 juta kepada pihak kuil, di mana difahamkan wang telah didepositkan kepada peguam kuil.

Kerajaan negeri turut menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil.

Mahkamah juga memutuskan Chellappa adalah pentadbir sah kuil berkenaan, tetapi Nagaraju tidak bersetuju dan membantah kuil itu dipindahkan selain mendakwa kerajaan negeri telah mengarahkan ia dirobohkan.

Pada 28 September lalu, satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

Bagaimanapun pada 25 Oktober lalu ratusan penganut Hindu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan berkumpul di kuil berkenaan ketika urusan pemindahan dijalankan.



Comments
Loading...