Tony berkata, penagguhan rancangan tersebut dilakukan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan terpaksa membayar pampasan yang besar berbilion ringgit kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Bagaimanapun Tony menjelaskan, beliau akan cuba memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melaksakankan pemansuhan tol kerana Perdana Menteri kini berbeza ketika memimpin Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Kita tidak akan lakukan sekarang kerana kedudukan kewangan negara yang tidak menentu.

“Namun, apa yang bagusnya Dr. Mahathir boleh dipujuk kerana Tun adalah sangat berbeza daripada sebelum ini. Saya yakin tol akan dimansuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Forum Ekonomi Belia 2018 di Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Turut sama sebagai ahli panel Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.