SAIFUL PERTAHAN DILIWAT ANWAR


(Watan Online) – Saiful Bukhari Azlan sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa kes liwat membabitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar berlaku.

Calon Bebas itu berkata, beliau tiga kali bersumpah bagi mempertahankan dakwaannya berhubung perbuatan songsang Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu.

Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson adalah untuk menghalang kemaraan Anwar kerana ia boleh merosakkan negara.

“Saya sudah report (lapor) polis, bersumpah tiga kali, satu di Masjid Wilayah Persekutuan, di Makkah dan di Mahkmah. Tapi dia (Anwar) tak pernah bersumpah,” katanya ketika ceramah kelompok bersama penduduk di Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson, Sabtu, malam.

Saiful berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan seorang tetamu yang hadir pada majlis itu.

Wanita yang enggan namanya didedahkan itu bertanyakan Saiful apakah kes liwat membabitkan beliau dengan Anwar benar berlaku atau fitnah.

Mengulas mengenai pengampunan yang diterima Anwar, Saiful secara sinis berkata siapa yang berdosa biasanya akan memohon pengampunan.

Saiful berkata, Anwar sudah menipu berjuta manusia bagi mencapai matlamat politiknya.

“Dia (Anwar) akan jadi bakal PM paling lama…perlu untuk saya menghalang seseorang itu ketampuk kuasa yang boleh memudaratkan negara.

“Kita mahukan kebenaran…pada saya dia (Anwar) munafik, pengikutnya dalam keadaan bahaya.13 haribulan nanti beliau tidak boleh menang, kalau dia masuk kerajaan akan bergaduh berebut hendak jadi PM, “katanya.

 



Comments
Loading...