1MDB : Isyarat berbeza, teka-teki dan mengelirukan


Raja Sara Petra

Saya membaca buku terbaru oleh dua orang wartawan dari Amerika yang bertajuk ‘Billion Dollar Whale’ memberi saya satu impresi yang saya sedang membaca sebuah novel atau karya fiksyen. Ramai pasti mengabaikan ‘editor’s note’ di muka surat pertama atau pun tidak perasan pada perenggan pertama yang megatakan:

“Media reports—and sources we began speaking to—suggested that Jho Low, a little-known, twenty-seven-year-old associate of the prime minister, had himself taken the money, possibly hundreds of millions, if not billions, of dollars, and used it to build a Hollywood production company, commission one of the world’s grandest yachts, and throw wildly decadent parties around the globe. If true, the Low affair would represent
one of the greatest financial heists in history.”

Pengarang  memberitahu bahawa buku tersebut adalah dari hasil penyelidikan selama tiga tahun dan menemuduga lebih dari 100 orang dari 12 negara.Mana-mana penyelidik yang bagus akan mengatakan bahawa menyelidik bukan mengikut kuantiti tetapi kualiti sebenarnya.Meskipun kita menyelidik selama sepuluh tahun,seramai 1000 orang sehingga 100 negara sekalipun jika kita tidak bersiap sedia dengan fakta dari sumber yang dipercayai dan tidak berat sebelah.Maka apa yang kita miliki dan ada hanyalah tekaan dan spekulasi sahaja.

Dalam undang-undang ia dipanggil ‘hearsay’ orang cakap.Macam Ali dengar cakap dari Abu dan Abu dengar cakap dengan Ahmad. Jadi ia bukan bermaksud apa yang anda dengar itu betul dan ianya tidak boleh diterima pakai di dalam mahkamah. Walaupun ada sebuah dokumentari bukti sekali pun, pembuatnya masih dipanggil ke mahkamah untuk bersaksi dan bersumpah terhadap apa yang di tulis dan direkod.Ianya adalah benar dan tidak ada apa-apa selain kebenaran.

Dalam erti kata yang lain, apabila kurangnya saksi, ianya bukan kebenaran. Oleh sebab yang demikian didalam islam diminta untuk mengemukakan empat orang saksi sebelum jatuhnya hukum perzinaan kerana hukumannya adalah berat dan dakwaan itu tidak boleh diragui atau was-was. Dalam kes dakwaan 1MDB pula, dakwaannya tidak meragukan tetapi ianya sudah tercemar dengan isyarat yang berbeza,teka-teki dan mengelirukan.

Jika buku yang bertajuk ‘Billion Dollar Whale’ adalah untuk menguatkan lagi pertuduhan bahawa bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak mencuri duit 1MDB. Sebaliknya apa yang terjadi didalam buku tersebut adalah, si Penjahat adalah Jho Low yang banyak menipu orang serata dunia manakala Najib pula adalah salah seorang orang berkepentingan yang menjadi mangsa tipu oleh pemuda itu. Jadi ini membuatkan Najib adalah mangsa bukannya pelaku dan Najib bukan satu-satunya mangsa Jho Low.

Apapun, dalam perenggan yang saya petik diatas ianyanya banyak dinyatakan berkait dengan asas buku tersebut. Pada pembuka kata buku tersebut  (Media reports—and sources we began speaking to—suggested…) maksudnya apa yang ditulis adalah berdasarkan pada ‘hearsay’ orang cakap dan apa yang DICADANGKAN oleh surat khabar, Apa yang ditulis dalam buku tersebut tidak berlandaskan pada transkrip mahkamah mahupun keterangan saksi pada perbicaraan. Jadi ianya adalah berdasarkan pada ikut cerita orang yang belum disahkan lagi.

Penutup kata oleh pengarang buku tersebut menyatakan bahawa (If true, the Low affair would represent one of the greatest financial heists in history). Jadi pengarang tidak mengatakan bahawa cerita tersebut adalah benar. JIKA benar (If true).Pengarang juga tidak tahu samada cerita itu adalah benar atau pun tidak sehingga tibanya hari perbicaraan, keterangan para saksi dan bukti dikemukakan di mahkamah.

Apapun sekadar untuk maklumat semua,jika pertuduhan berkaitan Jho Low atau 1MDB adalah benar, ini tidak bermaksud ianya ‘the biggest financial heist in history’. The reconstruction of Iraq, the Oil for Food program dan lain-lain adalah jauh lebih besar dari 1MDB. Kos untuk kedua-dua ‘financial heist’ ini sahaja sudah melebihi dari Hutang Negara Malaysia iaitu sebanyak RM700 billion atau pun RM1 trillion jika anda percaya apa yang diberitahu oleh Pakatan Harapan.

Jadi, ia membawa kita kepada soalan yang paling penting sekali: Kenapa pihak Kerajaan mencipta kekeliruan dan menghantar isyarat yang berbeza-beza terhadap kes ini? Jika anda semua ingat ianya bermula oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2015 dengan memberitahu bahawa RM42 billion duit dari 1MDB telah lesap. Dua bulan selepas itu angka telah berubah ke RM50 billion atau lebih lagi.

Sebenarnya, 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM42 billion. Bukannya RM42 billion lesap. Meskipun mempunyai hutang sebanyak itu, 1MDB mempunyai asset-asset yang bernilai RM51 billion yang tidak dinyatakan oleh Mahathir.Barangkali ketika itu dia tidak tahu. Jelasnya Mahathir diberi maklumat yang salah oleh orang yang tertentu dan terpedaya dengan mengatakan bahawa RM42 billion lesap dan menukar kepada RM50 billion atau lebih lagi.

Ini membuatkan MACC dalam dilema. Sekarang mereka perlu menyiasat terhadap pencuri yang mencuri RM42 billion jika tidak Mahathir akan dilihat sebagai seorang yang bodoh. Jadi bagaimana hendak menyiasat dan membuktikan yang RM42 billion itu dicuri sedangkan RM42 billion itu tidak dicuri? Inilah kucar-kacir bermula. Mereka terpaksa mereka-reka sesuatu untuk mengambarkan yang RM42 billion memang dicuri dan segala bukti tengah dikumpul dan pelaku akan dikenakan hukuman.

Dengan menguatkan lagi pertuduhan itu, mereka mengeluarkan ‘charge sheet’ terhadap Najib pada Julai 2015. Sebenarnya mereka bukan berniat untuk mengenakan tindakan. Mereka cuma ingin menakutkan Najib dan mengunakan ‘charge sheet’ itu untuk memeras ugut Najib untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Jadi, bila kesemua benda sudah ‘backfire’,  mereka menarik balik ‘charge sheet’ tersebut dan membuat laporan polis mendakwa bahawa ‘charge sheet’ itu adalah palsu.

Ini adalah satu kesilapan amat besar yang telah dilakukan oleh MACC. Dari situ, satu ke satu kesilapan mereka dah buat.

Selepas itu, mereka mengenakan pertuduhan mencuri sebanyak RM42 million terhadap Najib. Tetapi RM42 million angkanya adalah lebih jauh dari jumlah RM42 billion dimana pertuduhan dibuat pada tahun 2015. Mereka pula berkata bahawa mereka memerlukan sehingga hujung tahun untuk melengkapkan siasatan.

Sekarang, mereka draf “charge sheet’ pada Julai 2015 tapi mereka mengambil masa sehingga December 2018 untuk melengkapkan siasatan. Bagaimana mereka draf ‘charge sheet’ selama 42 bulan sebelum siasatan selesai? Bukankah ‘charge sheet’ sepatutnya bedasarkan pada hasil siasatan SELEPAS sesuatu siasatan itu selesai? This is putting the cart even before the horse has been born and before the mare is pregnant. At least tunggulah emak kuda bunting dulu!

Sekarang pula, mereka perlukan setahun lagi (belum sampai hujung tahun lagi, tiga bulan lagi nak sampai penghujung tahun) untuk MACC melengkapkan siasatan mereka dan salah seorang ahli CEP, Jomo Kwame Sundram, berkata setahun tidak cukup.Ia memerlukan bertahun-tahun.

Jadi, saya tak kisah walaupun mengambil masa sampai 100 tahun sekali pun. Yang saya pelik sekali, macam mana mereka sangat pasti 100% yang Najib mencuri duit 1MDB? Jika memerlukan setahun atau dua atau bertahun untuk mendedahkan kebenaran, kenapa mereka seolah-olah membuat yang mereka dah ada bukti yang lengkap terhadap Najib?

Kita sering mendengar Pakatan Harapan berkata, terutama Lim Kit Siang berkata yang seolah mereka tahu kebenaran. Dengan nada yang sama mereka berkata yang kebenaran hanya dapat tahu bertahun dari sekarang. Sejak bila pula MACC mengeluarkan kenyataan terhadap kes yang masih dalam siasatan sebelum kes itu selesai? Jika kita banyak dedahkan apa yang kita tahu dan tidak tahu, bukankah itu akan menjejaskan siasatan kita dengan memberi isyarat kepada penjenayah untuk mereka tahu apa nak buat kelak?

Siasatan terhadap 1MDB merupakan siasatan yang amat pelik dan siasatan yang berdasarkan politik dan perbicaraan melalui media. Mereka tahu yang mereka tidak ada apa-apa untuk menghantar Najib ke penjara. Walaupun buku ‘Billion Dollar Whale’ berkata demikian. Apa yang mereka perlukan adalah untuk mendapatkan keyakinan dari ‘Court of Public Opinion’. Ini kes yang sama terjadi pada tahun 1998 terhadap Anwar Ibrahim yang diperlakukan oleh mereka. Apa yang beza pada tahun 1998 mereka masih menghantar Anwar ke penjara walaupun mereka gagal untuk membuktikan kesalahan. Dan berkemungkinan apa yang mereka inginkan memperlakukan benda yang sama terhadap Najib.

 



Comments
Loading...