Laporan NSTP menyebut pasukan penyiasat sudah melengkapkan siasatan terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak itu yang bermula dua tahun lalu, baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut pasukan penyiasat membuka semula fail membabitkan Rosmah, 66, sejak tiga bulan lalu sejuruh Pilihan Raya Umum ke-14 selesai.

Siasatan khusus itu menjurus kepada dakwaan sumber dana mencurigakan yang dikaitkan dengan Najib.

Rosmah juga didakwa hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) baru-baru ini disebabkan penyiasat percaya dana daripada SRC digunakan untuk membeli hormon anti-penuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat (AS).

Pada Jun lalu Rosmah disoal siasat lebih tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Soal siasat itu berkaitan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Sumber SPRM ketika dihubungi Utusan Online bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Sumber yang dihubungi mendakwa, maklumat yang diperolehi NSTP bukan daripada Suruhanjaya tersebut.