Najib mendedahkan dokumen-dokumen membuktikan tuduhan Dr M dan Sarawak Report berupa fitnah semata-mata


THE THIRD FORCE

Berikut merupakan posting di laman Facebook Najib Razak yang menceritakan segala-galanya berkenaan pemberian dana dan hadiah kepada beliau oleh Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi. Dalam posting berkenaan, Najib turut menyertakan dokumen-dokumen sah yang membuktikan bahawa segala tuduhan-tuduhan Dr Mahathir Mohamad, Sarawak Report berserta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain adalah tohmahan dan fintah semata-mata


Najib Razak

Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah – kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan.

Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi.

Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan.

Saya kemudian dapati jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring.

Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri dan Raja Abdullah telah mangkat (Al-Fatihah), saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...