Macam mana pulak SPRM terkejut dengan keputusan Peguam Negara sedangkan mereka tahu apa akan terjadi?


Salleh SD

Pada bulan Jun yang lalu kita tahu bahawa perlantikan Peguam Negara Tommy Thomas mencetus berbagai konflik dan kontravesi antaranya yang paling kontravesi adalah beliau merupakan peguam bela kepada Lim Guan Eng berkaitan kes Rasuah Banglo di Pulau Pinang. Bukan sekadar itu, malah beliau pernah dilantik oleh Lim Guan Eng sendiri sebagai Peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Jadi, macam mana pulak SPRM terkejut dengan keputusan Peguam Negara sedangkan mereka tahu apa akan terjadi terhadap kes Lim Guan Eng. Segalanya dah tertunjuk dengan terang tanpa perlu suluh pun.

Datuk Engku Nor Faezah dan Datin Paduka Zauyah mengatakan bahawa Peguam Negara Tommy Thomas tidak akan mencampuri kes Lim Guan Eng kerana hubungan beliau secara jelasnya menimbulkan konflik kepentingan.

Jadi,bagaimana pula pejabatnya sendiri menarik kes terhadap Lim Guan Eng yang sepatutnya dilakukan oleh SPRM. Adakah itu mencampuri kes atau pun tidak ataupun nak menunjuk siapa lebih berkuasa?

 



Comments
Loading...