Soal geng Rafizi serang Mahathir dan Daim secara terbuka itu silap besar.


Badrul Hisham Shaharin

Setakat ini telahan aku Azmin akan menang pemilihan PKR 2018…

Dijangka menjelang 30 September Rafizi akan marah sebab pemilihan tidak adil. Sistem undi ‘berkomputer’ ini bakal mendesak identiti pengundi dalam satu pusat data, siapa undi siapa… Ini akan menjadikan orang takut dan akan undi ‘menteri’…

Malah undi komputer lebih mudah dimanipulasi kerana tidak ada kertas undi rujukan. Sedangkan pakai kertas undi pun boleh tipu pengundi sikit kertas undi banyak… Penipuan yang Rafizi Dan geng dia senyapkan dulu Akan timpa geng dia Kali ini… Cuma sejauh mana Kem Rafizi jantan untuk lawan penipuan secara berdepan itu susah nak dijangka.

Soal geng Rafizi serang Mahathir dan Daim secara terbuka itu silap besar… Buat Rafizi kena sedar Cara game sudah berbeza kamu parti pemerintah yang kamu petik itu ketua kerajaan. Yakinlah taktik ini akan menjauhkan Anwar dari kem Rafizi, yang mana Anwar Akan menyokong Azmin terang – terangkan selepas satu rasa nanti.

Sepatutnya kempen Rafizi ialah APA dia nak buat dengan parti, terangkan sistem lantikan jawatan kerajaan Yang diperbaharui Dalam parti, sistem nak pilih calon melalui suara ajar umbi, juga terangkan sistem pengkaderan Dan sistem latihan bagi melahirkan kepimpinan parti ke depan bukan meletup tak tentu Hala.. kalau nak letupkan cerdik pakai sumber luaran bukan bunuh askar sendiri….

Yang patut Rafizi buat ialah monitor kempen kem Azmin Bab salahguna harta awam, pasak betul betul pemerhati atau paca bagi pastikan pemilihan parti Telus Dan dia tak kena tipu ermmmm

Kem Azmin steady Dalam penuh Salah guna kuasa, belanja makan Sana sini secara terbuka kempen penuh kemeriahan… Azmin punya cemerlang depa susun chai dia cukup organize Dari atas sampai bawah … Tapi chai Rafizi kat bawah lawan Sama sendiri pun Rafizi tak boleh selesai…

 



Comments
Loading...