Pendedahan Abu Kassim jelas menunjukkan Najib dan Rosmah disabotaj Kastam dalam isu cincin RM24 juta


The Third Force

Abu Kassim Mohamed selaku bekas Ketua Pencegah Rasuah Malaysia telah mendedahkan dengan terang dan terperinci berkaitan dengan isu cincin yang giat diperkaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor sebelum pilihanraya umum ke-14 (GE14).

Pendedahan yang dibuat Abu Kassim berkenaan cincin RM24 juta

Menurut beliau, pihak Kastam-lah yang membocorkan dan mengedar dokumen yang dikenali sebagai Borang Kastam kepada pihak tertentu untuk disalah gunakan dan menfitnah Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor.

Pakatan Harapan hanya memainkan separuh cerita isu cincin tersebut dengan mengatakan bahawa cincin itu kepunyaan Datin Sri Rosmah, walhal cerita sepenuhnya ialah ianya bukan kepunyaan Datin Sri Rosmah dan beliau tidak pernah memiliki ataupun membelinya. Cincin itu hanyalah untuk ditontonkan dan diterbangkan balik ke New York.

Punca Dato’ Sri Najib Razak disabotaj oleh Pihak Kastam adalah kerana SPRM telah menyiasat Pihak Kastam berkaitan dengan kes RM 3 bilion. Mereka mendesak dan mengadakan perjumpaan dengan Peguam Negara agar kes tersebut diberikan pengecualian terhadap mereka namun Abu Kassim Mohamed menasihati Dato’ Sri Najib Razak agar tidak terlibat untuk menjaga dan mempertahankan identiti dan tindakan SPRM yang tegas terhadap Pihak Kastam.

READ MORE HERE

https://www.youtube.com/watch?v=3AlxxAbxxOg

 



Comments
Loading...