Ku Nan bidas Robert Kuok lupa daratan, guris hati Melayu Bumiputera


(FMT) – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan hartawan Tan Sri Robert Kuok sebagai individu lupa daratan, sasulan kenyataannya mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) dengan kerajaan DAP seperti didakwa penulis blog, Raja Petra Kamaruddin.

“Saya percaya ini masalah manusia sekarang (lupa daratan), bukan dia (Robert Kuok) sahaja, bekas-bekas (pemimpin) kita juga sama, lupa apa waktu mereka ada kuasa.

“Kita sokong mereka, kita bantu mereka, kita pastikan mereka kekal sebagai perdana menteri ke jawatan lain, tapi bila tak dapat benda, mereka memburukkan kerajaan yang selama ini mendokong mereka,” kata menteri Wilayah Persekutuan itu selepas menghadiri Majlis Big Walk Program Sukarelawan dalam Penglibatan Komuniti (Voice) sempena Sambutan Hari Wilayah 2018 di Masjid Jamek.

Rabu lalu, Raja Petra Kamarudin menerusi blognya mendakwa Kuok mempunyai agenda menggantikan pemerintahan kerajaan BN dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi membolehkan kaum Cina menjadi pemerintah di negara ini.

Katanya, bagi merealisasikan impian itu, Kuok bergantung kepada semua taikun Cina dan orang Melayu dalam Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan BN.



Comments
Loading...