Minta Rumah, Disuruh Angkat Sumpah Undi BN!


(Buletin Online) – Tindakan memaksa rakyat yang memohon rumah kos rendah untuk bersumpah akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya, adalah satu perbuatan yang zalim.

Oleh itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Hilmi Harun berkata, integriti, bersih dalaman dan luaran yang termasuk dalam lapan prinsip Tranformasi Terengganu Baharu (TTB), digagal dilaksanakan oleh kerajaan dalam memberikan kebajikan kepada rakyat.

“bila mereka memohon perumahan awan kos rendah (PAKR) yang disediakan kerajaan, bila mereka mengisi boring, mereka dipanggil temuduga, mereka mengadu mereka diminta angkat sumpah supaya mengundi BN,

“perlu kita ingat bahawa kita akan dihisab oleh Allah, jangan melakukan kezaliman yang seumpama itu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ‘Titah sultan Terengganu,’ pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, Selasa 29 Mac.

Bahkan lebih teruk lagi, kata Hilmi, ada kes dimana seorang pemohon yang telah berjaya dan telah membayar wang pendahuluan, namun dikembalikan semula kerana beliau dianggap bukan ‘orang Umno’.

“ada J3K (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) yang bangga apabila kita tanya…..siapa yang dapat rumah?,

“(dia kata) dengan bangganya…..mestilah orang BN, kita tak beri kepada orang PAS,

“maknanya jelas, gagasan yang dibuat oleh Menteri Besar tidak diguna pakaim oleh pihak pelaksana,” tegas beliau.

Sehubungan itu, Bendahari Dewan Pemuda PAS itu berkata, peluang pekerjaan tidak meningkat kepada penduduk tempatan, walaupun ada projek baru yang dilancarkan kerajaan.

Katanya, rakyat mengeluh kerana, pekerja yang diambil adalah di kalangan warga asing, bukannya tenaga tempatan.

“projek baru ECRL yang sudah tentu membuka peluang kerja kepada rakyat….tetapi apa yang membimbangkan kita, rakyat berkata, kalau buat projek banyak pun rakyat tak boleh nak rasa,

“yang dapat kerjanya warga asing……..bukan rakyat tempatan, contohnya Projek Pulau Bebas Cukai di Kenyir, yang bekerja adalah warga Indonesia…..ini merugikan rakyat kita,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menggesa supaya kerajaan Terengganu mempertegaskan polisi berkaitan, sebagaimana yang dilaksanakan di negara dan negeri lain.

“dalam keadaan ekonomi yang meleset sebegini, peluang pekerja yang sebegitu pun masih lagi di perolehi oleh orang lain dan tidak dikecapi oleh rakyat tempatan,” tambah Hilmi.



Comments
Loading...